Pasukan Terengganu FC tewas tipis 3-2 kepada kelab dari saingan Chinese Super League (CSL), Tianjin TEDA dalam satu perlawanan pra musim yang berlangsung di Thailand semalam.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu kini berada di Thailand bagi menghadapi tiga perlawanan pra musim. Dua perlawanan sebelum ini TFC tewas kepada kelab Dominic Tan, Police Tero dengan keputusan 2-0 dan seterusnya meraih keputusan seri ketika berdepan Suphanburi FC.

Pada perlawanan yang berlangsung di Alpine Football Training Camp, Tianjin nyata menampilkan aksi yang memberangsangkan dimana bekas penyerang Bayern Munich, Sandro Wagner menjaringkan dua gol manakala satu lagi gol dijaringkan oleh pemain dari Brazil, Jonathan.

Meskipun lawan mereka mempunyai barisan pemain yang lebih baik serta berpengalaman, namun Terengganu berjaya merobek gawang Tianjin TEDA menerusi jaringan Faiz Nasir dan Sanjar Shakhmedov.

Selepas menjalani perlawanan pra musim di Thailand, Naib juara Piala Malaysia 2018 itu akan pulang ke tanah air bagi meneruskan persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020. TFC akan memulakan saingan Liga Super menentang Perak di laman sendiri pada 29 Februari ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:

Terengganu FC Jadi Destinasi Seterusnya Bagi Darren Lok?

Stuart Wark Rekrut Baharu Terengganu FC?

Dua Kelab Thai League 1 Dan Satu Kelab Liga Super China Bakal Uji Terengganu FC

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group