Skuad Melaka United mencatat kekalahan pertama dalam jelajah pra musim di Indonesia apabila tewas 1-3 kepada kelab Liga 1, Persib Bandung di Stadium Si Jalak Harupat petang semalam.

Persib Bandung yang dikendalikan oleh bekas jurulatih Sarawak, Robert Alberts kali ini menurunkan barisan terkuat mereka berbanding ketika beraksi dalam kejohanan Asia Challenge Cup di Stadium Shah Alam.

Pemain import, Persib Bandung, Geofrey Castilion menjadi duri dalam daging apabila menjaringkan dua gol pada minit ke 32 dan 53 sebelum Ghozali Siregar menambah satu lagi gol di masa kecederaan.

Pada masa separuh masa kedua, Melaka United cuba bangkit mencari jaringan penyamaan dan sempat mencuri satu gol melalu Jang Suk Won pada minit ke 63 namun tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan.

83172586_2709433952617996_5986871002565443584_o
FOTO: MUSA

Perlawanan turut disaksikan YB Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Tn Damian Yeo Shen Li. Selepas ini, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu akan bertemu kelab Liga 2, PSKC Cimahi di Stadium Siliwangi, Bandung sebelum pulang ke tanah air.

Sesi latihan Melaka di Indonesia adalah bagi memastikan mental dan fizikal mereka lebih bersedia sebelum musim baharu Liga Malaysia 2020 membuka tirainya.

83152914_2709436209284437_4184247660493930496_o
FOTO: Melaka United

Zainal Abidin berkata, kini tugas pentingnya adalah menyatukan anak-anak buahnya bermain sebagai satu pasukan yang padu.

“Kami akan pulang dari Indonesia pada 9 Februari, kalau saya tidak berpuas hati dengan persembahan pemain di sana, kami akan mengatur satu lagi perlawanan persahabatan di Melaka untuk memperbaiki prestasi mereka,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pra musim pasukan Liga Super melalui pautan dibawah.