Pengendali skuad Melaka United, Zainal Abidin Hassan mahu semua pemainnya memahami falsafah bola sepak yang bakal diterapkan sepanjang dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Justeru itu, jelajah pra musim di Bandung, Indonesia merupakan medan untuk menguji tiga elemen iaitu disiplin, gaya permainan serta percaturan taktikal yang menjadi falsafah utama Zainal Abidin.

“Falsafah ini secara keseluruhannya perlu dihayati dan menjadi teras utama kepada barisan pemain Melaka United. Dengan memahami falsafah ini sahaja yang akan menentukan hala tuju pasukan.

“Pemahaman mengenai falsafah inilah menjadi perkara utama yang mahu kita bentuk dalam kalangan para pemain. Bermula disiplin, cara bermain, taktikal pasukan, semuanya terkandung dalam falsafah berkenaan yang perlu difahami dan dihayati semua pemain,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

83227548_2706533452908046_3834033368593334272_o
FOTO: Melaka United

Melaka United bakal memulakan aksi pertama di Indonesia menentang kelab Liga 3, Bandung United hari ini. Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Siliwangi, Bandung bermula pukul 3 petang waktu Malaysia.

Zainal Abidin percaya menerusi lima perlawanan pramusim yang diaturkan mampu menjadi medan terbaik bagi membentuk barisan pemain yang mantap dan mempunyai keserasian.

“Pada perlawanan pertama pramusim, boleh nampak setakat ini persefahaman masih belum kelihatan dan saya telah jangka ia berlaku contohnya seperti pemain import baharu daripada Haiti, Sony Norde hanya sempat berlatih dua hari.

“Setakat ini kita boleh lihat ada ketikanya persefahaman menjadi dan ada kala tidak menjadi,” katanya

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia musim 2020.

Pra Musim: JDT Tewaskan Juara 7 Kali Liga Slovakia, MSK Zilina

Pra Musim: Selangor Mudah Atasi Geylang International

Liga Malaysia 2020: Ivan Carlos Rekrut Terbaharu Skuad Tok Gajah?