Melaka United memulakan jelajah pra musim mereka di Bandung, Indonesia dengan langkah kanan apabila menewaskan kelab Bandung United dengan keputusan 3-2.

Melaka terlebih dahulu ketinggalan apabila Chandra Rustandi membuka tirai jaringan pada minit ke-16 menerusi sepakan penalti. Faris Shah Rosli kemudiannya menyamakan kedudukan pada minit ke-20 sebelum Fakhrullah Rosli meletakkan Melaka di hadapan dua minit kemudian.

Akmal Zahir kemudiannya meletakkan Melaka di hadapan pada minit ke-39 dan pasukan yang menamatkan saingan Liga Super musim 2019 di tangga keenam itu berada di hadapan pada rehat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Bandung United berjaya merapatkan kedudukan menerusi percubaan Jovan Affan. Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan berjaya mempertahankan kelebihan sekaligus meraih kemenangan.

Pada perlawanan pra musim seterusnya, Melaka akan berdepan Persib Bandung di Stadium Si Jalak Harupat. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini jam 4 petang waktu setempat.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Pra Musim: Melaka United Terapkan Falsafah Zainal Abidin Di Indonesia

Melaka United Hadapi Perlawanan Pra Musim Menentang Persib Bandung

Liga Malaysia 2020: Melaka United Ikat Pemain Skuad Kebangsaan Haiti