Skuad Perak The Bos Gaurus berangkat ke Singapura hari ini bagi menjalani menjalani latihan pra-musim sehingga 10 Februari 2020 sebagai persediaan menghadapi musim baharu Liga Malaysia yang bakal membuka tirainya pada 29 Februari 2020.

Pasukan kendalian Mehmed Durakovic itu dijadualkan menentang dua kelab Liga Premier Singapura iaitu Balestier Khalsa FC (6 Februari) dan Geylang International FC (9 Februari) di Stadium Toa Payoh dan Stadium Jurong West.

Selepas pulang dari Kota Singa, mereka akan menentang Kedah bagi merebut kejuaraan Unity Shield di Stadium Perak, Ipoh pada 15 Februari depan.

Bagi menghadapi saingan musim 2020, Perak telah membawa tiga pemain import baharu iaitu Thierry Chantha Bin (Kemboja), Guilherme De Paula (Brazil) dan Anthony Golec (Australia) selain mengekalkan khidmat pemain import musim lalu iaitu Leandro Dos Santos dan Careca.

Lagi artikel mengenai perkembangan pasukan Perak melalui pautan dibawah.

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

Thierry Chanta-Bin Isi Slot Pemain Import Asean Pasukan Perak

Presiden PAFA Beri Jaminan Jersi Perak Kali Ini Lebih Cantik