Kejohanan AFC B-23 Tahun kembali hadir dengan Thailand dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi 2020. Seramai 16 pasukan telah berjaya melayakkan diri setelah mengharungi peringkat kelayakan pada Mac lalu.

Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mengadakan undian di Bangkok pada 26 September ini dan berikut adalah pot rasmi undian.

Pot 1

Thailand (Tuan Rumah)
Uzbekistan (Pemenang Kumpulan F)
Vietnam (Pemenang Kumpulan K)
Bahrain (Pemenang Kumpulan B)

Pot 2

Korea Selatan (Pemenang Kumpulan H)
Iraq (Pemenang Kumpulan C)
Jepun (Pemenang Kumpulan I)
Korea Utara (Pemenang Kumpulan G)

Pot 3

China (Pemenang Kumpulan J)
Australia (Pasukan Tangga Kedua Terbaik Pertama)
Jordan (Pemenang Kumpulan E)
Arab Saudi (Pasukan Tangga Kedua Terbaik Keempat)

Pot 4

Syria (Pasukan Tangga Kedua Terbaik Ketiga)
Iran (Pasukan Tangga Kedua Terbaik Kedua)
Emiriah Arab Bersatu (UAE) (Pemenang Kumpulan D)
Qatar (Pemenang Kumpulan A)

Skuad B-23 tahun negara gagal untuk mendapatkan slot pasukan di tempat kedua terbaik sekaligus tidak berjaya untuk melayakkan diri. Malaysia mengutip mata yang sama dengan pasukan China dalam kumpulan J namun tidak berjaya menduduki tangga teratas setelah dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Kejohanan AFC B-23 akan berlangsung pada 8 hingga 26 Januari. Tiga pasukan teratas akan layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo, Jepun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-23 Tahun negara di sini:

Skuad Malaysia B-23 Diletakkan Dalam Kategori A Untuk Sukan SEA

Kobe Chong Dan Armin Maier Bakal Perkuatkan Skuad Malaysia B-23

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group