Bruno Fernandes menjaringkan dua gol untuk memberikan Portugal kemenangan 2-0 ke atas Uruguay. Sekaligus menghantar mereka ke peringkat kalah mati Piala Dunia bersama sama dengan Perancis dan Brazil.

Pemain tengah Manchester United itu menjaringkan gol hanya selepas 9 minit separuh masa kedua bersambung, menerusi hantaran silang yang bertukar menjadi percubaan selepas penjaga gol tidak dapat menyelamatkannya.

Pada awalnya gol itu seakan akan milik Cristiano Ronaldo. Namun pegawai keempat memberikannya kepada Bruno Fernandez.

Dengan Portugal sudah pun berjaya layak, Uruguay pula wajib menewaskan Ghana dalam perlawanan terakhir Kumpulan H.

Di mana kedua dua pasukan tersebut berpeluang untuk mara.

Kedua-dua pasukan melakukan tiga pertukaran daripada perlawanan pembukaan mereka, dengan Portugal membawa masuk veteran Pepe untuk menggantikan Danilo Pereira yang cedera, setelah mengalami retak tulang rusuk dalam latihan.

Pepe menjadi pemain bukan penjaga gol yang ketiga tertua dalam sejarah Piala Dunia.

Portugal menguasai separuh masa pertama, merampas segera bola dan mencipta beberapa peluang, tetapi mereka tidak pernah menguji penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet.

Penyerang Uruguay, Edinson Cavani dan Darwin Nunez juga kekurangan peluang di hadapan gol. Namun Uruguay masih mempunyai peluang terbaik pada babak pertama.

Rodrigo Bentancur merampas bola di bahagian sendiri dan meluru ke hadapan, mengatasi dua pemain pertahanan untuk berada dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan penjaga gol Diogo Costa.

Costa melebarkan badannya untuk menyelamatkan sepakan pemain tengah itu.

Kapten Portugal Cristiano Ronaldo sebahagian besarnya agak tenggelam dalam 45 minit pertama. Dia akhirnya membuatkan peminat teruja dengan melakukan hantaran dengan bahu untuk membolehkan William Carvalho melakukan voli.

Portugal akhirnya di hadapan. Fernandes mencipta ruang untuk dirinya di sebelah kiri dan melencongkan hantaran lintang ke dalam kotak penalti, dengan Ronaldo mengatasi perangkap ofsaid untuk mencuba tandukan kilas.

Melihat bola menerjah gawang, Ronaldo berpusing untuk meraikanny.

Tetapi FIFA memutuskan dia tidak menyentuh bola, sekali gus menafikan gol kesembilan Piala Dunia untuknya – yang akan meletakkannya setaraf dengan pemain legenda Portugal, Eusebio.

Itu juga merupakan gol Piala Dunia yang pertama untuk Bruno Fernandes.

Jurulatih Uruguay Diego Alonso memasukkan penyerang Maxi Gomez dan Luis Suarez. Dan kedua dua pemain menghadirkan ancaman buat lawan mereka.

Percubaan deras Gomez dari jarak jauh terkena tiang. Manakala Suarez melakukan percubaan terkena tepi jaring.

Ketika 90 minit hampir tamat, Fernandes melakukan nutmeg ke atas Gimenez, dan bola terkena tangan pemain itu.

Pengadil Iran Alireza Faghani menghadiahkan sepakan penalti selepas pemeriksaan VAR.

Bruno Fernandes mengambil tugasan itu dengan gaya penalti tanda dagangnya untuk menewaskan Rochet. Gol kedua Bruno Fernandes dalam perlawanan ini.

Bruno Fernandes hampir menyempurnakan hatrik tetapi percubaan jarak jauhnya terkena tiang.

Tamat perlawanan Portugal 2 Uruguay 0.