Goncalo Ramos mencetak hatrik dalam aksi berdepan Switzerland. Jelas sekali beliau memanfaatkan sebaik baiknya peluang dan kepercayaan diberikan Fernando Santos kepadanya.

Santos menurunkan Ramos yang baru berusia 21 tahun, bermula sebagai kesebelasan utama berbanding Ronaldo.

Dia kini, Goncalo Ramos menjadi pemain termuda yang melakukan hatrik  dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia sejak Pele pada 1958.

Pepe, Raphael Guerreiro dan Rafael Leao juga berjaya menepati sasaran untuk Portugal yang tampil dominan, menempah pertembungan dengan Maghribi pada hari Sabtu untuk tempat ke separuh akhir dalam Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ronaldo, 37 dan kini tanpa kelab selepas pemergiannya dari Manchester United, telah menjadi tajuk utama semasa edisi kali ini. Ramai yang melihat Ronaldo terus bergelut untuk mengejar bayang bayangnya yang dahulu.

Satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia, Ronaldo telah diketepikan oleh jurulatih Fernando Santos menentang Switzerland berikutan tindak balasnya yang bengang ketika digantikan ketika aksi berdepan Korea Selatan.

Ia adalah keputusan berani untuk Santos menyisihkan pemain dengan rekod 118 gol antarabangsa bagi memberikan penampilan pertama penuh kepada Ramos, penyerang Benfica yang bermain hanya 33 minit dalam tiga penampilan sebelum ini.

Tetapi ia hanya mengambil masa 17 minit untuk Ramos membalas kepercayaan Santos, dan untuk mencapai sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Ronaldo — iaitu menjaringkan gol dalam aksi kalah mati Piala Dunia.

Ramos malah berjaya memastikan aksi suku 16 akhir kali ini akan diingati sampai bila sebagai malamnya, dengan kejayaan Goncalo Ramos mencetak hatrik.

Portugal terlalu dominan dalam perlawanan ini. Mereka melepaskan 1 bolos menerusi gol jarak dekat Manuel Akanji. Yang lebih kepada gol saguhati perpisahan pasukan Switzerland dengan bumi Qatar.

Portugal meneruskan misi pemburuan kejuaraan Piala Dunia 2022. Mereka akan berdepan dengan Maghribi dalam aksi suku akhir. Selepas pasukan dari Afrika itu berjaya mengejutkan Sepanyol dengan kemenangan pada penentuan sepakan penalti.