Kegagalan Portugal layak ke separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar menyaksikan pengurus pasukan, Fernando Santos mengambil keputusan untuk  meletakkan jawatan.

Memiliki skuad yang boleh dikatakan mantap daripada segenap aspek untuk menjadi pencabar kejuaraan, Portugal bagaimanapun terpaksa menelan kepahitan selepas tumpas 0-1 ditangan wakil Afrika, Maghribi.

Perkembangan diumumkan oleh Federasi Bola Sepak Portugal (FPF) itu sekali gus menyaksikan jodoh yang terbina sejak tahun 2014 berakhir dengan dua kejayaan manis berjaya dilakarkan Portugal sepanjang berada dibawah kendalian pengendali berusia 68 tahun tersebut.

“FPF dan Fernando Santos bersetuju untuk menamatkan perjalanan yang sangat berjaya bermula pada September 2014.”

“Sekeoas salah satu penyertaan terbaik pernah dilakukan oleh skuad kebangsaan dalam pusingan akhir Piala Dunia di Qatar, dan Fernando Santos memahami bahawa ini adalah saat yang tepat untuk memulakan kitaran baharu.”

“Ia adalah merupakan satu penghormatan besar untuk mempunyai jurulatih dan orang seperti Fernando Santos sebagai ketua pasukan kebangsaan.”

“Susulan dengan itu, FPF mengucapkan terima kasih kepada Fernando Santos dan pasukan teknikalnya atas perkhidmatan yang diberikan selama lapan tahun yang unik ini dan percaya bahawa ucapan terima kasih ini juga dibuat bagi pihak rakyat Portugal.”

Berhijrah daripada skuad kebangsaan Greece ke Portugal, Santos menghadiahkan Kejuaraan Eropah 2016 selepas menewaskan tuan rumah, Perancis hasil jaringan tunggal Eder pada masa tambahan.

Kemudiannya Portugal muncul pula selaku juara UEFA Nations League 2018/19 setelah menundukkan Belanda juga dengan jumlah jaringan sama dimana Goncalo Cuedes muncul wira mereka.

Namun selepas itu, awan mendung mula tiba di kem Portugal apabila mereka tersingkir di pusingan 16 pada Piala Dunia 2018 [tewas 1-2 ditangan Uruguay] dan ditunjukkan jalan keluar pula oleh Belgium 0-1 ketika Kejuaraan Eropah 2020.

Selepas ketiadaan Santos, ketika ini nama Jose Mourinho disebut-sebut bakal menjadi pengganti untuk mengisi kekosongan kerusi panas tersebut.