Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Impian Macedonia Utara untuk beraksi di Piala Dunia tidak kesampaian apabila mereka tewas 0-2 kepada Portugal dalam perlawanan play-off yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Macedonia sebelum ini mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila menyingkirkan Itali daripada perebutan tiket ke Piala Dunia dengan jaringan 1-0. Pasukan di ranking ke-67 dunia itu pernah menewaskan Jerman untuk menduduki tangga kedua pusingan kelayakan Kumpulan J.

Namun, dalam perlawanan menentang Portugal, dua gol daripada Bruno Fernandes telah menghancurkan impian seluruh rakyat Macedonia untuk melihat negara mereka beraksi di Qatar tahun ini.

Fernandes menyempurnakan hantaran rakan sepasukannya dalam Manchester United, Cristiano Ronaldo di babak pertama sebelum memanfaatkan umpanan Diogo Jota di babak kedua.

Kemenangan itu juga menyaksikan Portugal layak ke enam edisi Piala Dunia di alaf baru manakala Ronaldo akan beraksi untuk edisi kelimanya pada usia 37 tahun. Pencapaian terbaik pemain itu ialah mara ke separuh akhir edisi 2006, sebelum Portugal tewas kepada Jerman.

Portugal dinafikan peluang menjuarai Kumpulan A dalam saingan kelayakan oleh Serbia tetapi skuad kendalian Fernando Santos itu memastikan laluan ke pusingan akhir terus terbuka apabila menewaskan Turki 2-1 pada separuh akhir playoff.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah.

Donnarumma Janji Itali Akan Bangkit Dan Kembali Ke Tempat Selayaknya

Di Maria Umum Persaraan, Messi Pertimbang Untuk Ikut

Sekatan Dilonggarkan, Penyokong Chelsea Mulai Beli Tiket UCL