Portimonense SC tewas buat kali keempat dalam saingan Primeira Liga Portugal apabila tunduk kepada Santa Clara pada perlawanan yang berlangsung semalam.

Pada pertemuan menentang Santa Clara, Portimonense wajib menang bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga sekaligus menjauhi zon penyingkiran.

Namun, usaha mereka terhalang hasil dua gol yang dijaringkan oleh Fabio Cardoso pada minit ke-37 dan Thiago Santana pada minit ke-57. Aylton Boa Morte menjaringkan satu gol namun masih gagal untuk memberikan mata kepada Portimonense.

Kekalahan kepada Santa Clara menyebabkan skuad kendalian Paulo Sergio kini menduduki tangga ke-16 dengan kutipan empat mata selepas enam perlawanan.

Pemain sayap negara, Safawi Rasid tidak terlibat dalam perlawanan semalam dimana beliau dijangka terus beraksi bersama skuad B-23 tahun kelab itu.

Baca artikel lain mengenai Portimonense di sini:

Safawi Rasid Terus Beraksi Bersama Skuad B-23 Tahun Portimonense

Safawi Tampil Buat Kali Pertama Bersama Skuad B-23 Tahun Portimonense

‘Seller’ Shopee Jual Jersi Portimonense SC RM627 Sehelai Jadi Bualan Peminat Bola Sepak Tempatan