Kelab Liga Portugal, Portimonense SC mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bekas pemain skuad kebangsaan Jepun, Keisuke Honda hanya selepas lima hari menyertai pasukan itu.

Portimonense menggunakan alasan yang dianggap tidak masuk akal dalam hal penamatan kontrak Honda ini dan mereka dianggap tidak cakna dengan peraturan yang telah ditetapkan.

https://twitter.com/osimpamsportsgh/status/1360207745979449348?s=21

Portimonense meminta persetujuan bersama dengan Honda untuk menamatkan kontrak kerana mereka tidak boleh mendaftarkan Keisuke Honda ke dalam pasukan.

Hal ini kerana dalam saingan Liga Portugal, pendaftaran pemain ejen bebas selepas jendela perpindahan Eropah ditutup hanya dibenarkan untuk pemain yang berstatus ejen bebas pada atau sebelum Oktober tahun sebelumnya.

Yang menjadi persoalan, pengarah sukan dan pegawai kelab langsung tidak mengetahuu akan hal tersebut. Portimonense menandatangani Honda untuk membantu mereka mengelak daripada tersingkir ke saingan divisyen dua musim hadapan.

Keisuke Honda
Sumber Gambar: AS English

Sebelum ini, pemain sayap negara, Safawi Rasid juga beraksi bersama Portimonense secara pinjaman.

Namun, setelah tiga bulan, Safawi dipanggil untuk kembali ke Malaysia selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad senior.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Asia di Eropah di sini:

Luka Elsner Mahu Luqman Hakim Berikan Saingan Kepada Pemain Lain

Jaami Qureshi Tandatangani Kontrak Selama Dua Tahun Bersama Brighton & Hove Albion

Setelah Egy Maulana, Kini Giliran Witan Sulaeman Yang Cetak Gol Perdana Untuk FK Radnik Surdulica