Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Portimonense mengakhiri rentetan kekalahan dalam empat perlawanan apabila menewaskan Nacional dengan keputusan 1-0 dalam saingan Primeira Liga Portugal awal pagi tadi.

Sebelum bertemu Nacional, Portimonense mengalami kekalahan dalam empat perlawanan terakhir, tiga dalam saingan liga manakala satu dalam saingan Taça de Portugal atau Piala Portugal.

Penyerang utama, Fabricio menjadi wira pasukan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 sekaligus menjadi gol tunggal perlawanan.

Nacional pula terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Júlio César dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-88.

Meskipun meraih kemenangan, namun kelibat pemain sayap negara, Safawi Rasid masih tidak kelihatan apabila pemain itu hanya memanaskan bangku simpanan dalam perlawanan yang berlangsung di Estádio Municipal de Portimão.

Kekalahan

Safawi Rasid dalam sesi latihan Portimonense.

Safawi tersenarai dalam matchday squad, namun pengendali pasukan, Paulo Sergio memutuskan untuk tidak menurunkan Safawi dan membuatkan peminat di Malaysia terpaksa menunggu lebih lama untuk melihat pemain itu beraksi.

Pada perlawanan liga yang seterusnya, Portimonense akan turun berdepan Vitoria SC di laman lawan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Safawi Rasid di sini:

Safawi Rasid – Tenang Semua, Jaga Nama Malaysia

Safawi Rasid Disenaraikan Dalam “Matchday Squad” Hadapi Perlawanan Piala Portugal

Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group