Sebuah portal sukan terkenal Thailand, SMMSport dalam satu artikel yang dikeluarkan hari ini telah mendedahkan bahawa dari data yang mereka perolehi didapati banyak views dari siaran perlawanan Thai League 1 adalah dari Malaysia.

Ketika perlawanan diantara BG Pathum United berdepan Buriram United beberapa hari yang lalu, mereka telah berjaya meraih tontonan sebanyak 84,000 views dan apa yang lebih menarik adalah sekitar 33,000 daripadanya adalah dari Malaysia!

Dari angka tersebut, ia sebenarnya mewakili hampir 39% dari jumlah tontonan dan dilihat sebagai satu peningkatan yang amat baik sekali dengan kehadiran pemain-pemain dari Malaysia khususnya serta impak yang baik bagi Thai League dirantau Asia Tenggara secara umum.

Siaran langsung melalui platform Youtube dan juga Facebook itu juga ditayangkan ke 15 buah negara seperti yang disiarkan dalam artikel sebelum ini Perlawanan Thai League 1 Disiarkan Secara Langsung Melalui Platform Facebook Dan Youtube Di 15 Negara

Menurut artikel itu lagi, jumlah views dijangka akan meningkat dengan lebih tinggi lagi apabila seorang lagi pemain kebangsaan Malaysia iaitu Mohamadou Sumareh turun beraksi bersama kelab Police Tero FC tidak lama lagi.

Jika anda terlepas perlawanan tersebut, video penuh perlawanan itu masih boleh ditonton seperti dibawah ini;

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Ciapan ‘Cari Pasal’ Tan Sri Annuar Musa Cetus Kecaman Dari Netizen, Dilabel Kurang Sensitif Kepada Isu Lebih Penting

Hariss Harun Ditawar Biasiswa University of Coventry, Persediaan Selepas Tamat Karier Pemain Bola Sepak

Graduan Kejuruteraan Universiti Teknologi Kenya Ini ‘Steady’ Sumbat 21 Gol Dalam J1 League 2020 Ketika Liga Berbaki 13 Perlawanan