Kelab Thai League 1 dilihat turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berpengalaman skuad kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen.

Salah satu kelab kaya di saingan Thai League, Port FC dikhabarkan mahu menandatangani Sarach sekaligus menggandingkan pemain itu dengan Charyl Shappuis di bahagian tengah.

Baru-baru ini, Sarach menyatakan beliau telah berhubung dengan salah satu kelab bagi memastikan sama ada pasukan itu serius mahu mendapatkan khidmatnya.

Port FC
Sumber Gambar: Facebook

“Saya meminta kepada salah sebuah kelab untuk menghantar tawaran bagi mendapatkan khidmat saya. Tetapi sehingga saat ini saya tidak boleh menjelaskan secara terperinci.

“Saya akan menunggu sehingga semuanya selesai dan ketika itu saya akan membuat pengumuman. Saya akan mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Muangthong United apabila masanya sesuai. Mungkin saya juga terkejut saat itu,” kata Sarach.

Meskipun Sarach enggan memberitahu kelab mana yang beliau berhubung, namun media di Thailand percaya kelab tersebut ialah Port FC kerana kelab itu merupakan salah satu kelab kaya di Thailand.

Port FC
Sumber Gambar: Changsuek

Sebelum ini, pemain tengah berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun, ejen kepada Sarach Yooyen menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan Sarach mungkin mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda dengan beraksi di J. League.

Baca artikel lain mengenai Sarach Yooyen di sini:

Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Pasukan Liga Malaysia Mahu Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen