Kelab Thai League 1, Port FC meneruskan usaha mereka dalam mengumpulkan pemain bintang dalam pasukan apabila menandatangani pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand, Adisorn Promrak.

Adisorn melengkapkan perpindahan ke Port pada Jumaat lalu setelah empat musim beraksi bersama bekas juara Thai League 1 itu.

Adisorn Promrak
Sumber Gambar: Taiwannews.com

Pengendali Port, Jadet Meelarp kehadiran Adisorn memberikan kekuatan di bahagian pertahanan namun beliau menegaskan tempat pemain berusia 26 tahun itu dalam kesebelasan utama tidak terjamin.

“Kita perlu menunggu dan lihat bagaimana prestasi beliau ketika sesi latihan bersama pasukan. Tiada pemain yang tempatnya terjamin dalam kesebelasan, ini termasuk Elias Dolah dan David Rochela,” kata Jadet.

Adisorn Promrak
Sumber Gambar: Bangkok Post

Setelah menyertai Port, Adisorn Promrak akan beraksi bersama rakan sepasukan di skuad kebangsaan seperti Tanaboon Kesarat, Charyl Chappuis, Nitipong Selanon dan Adisak Kraisorn serta Heberty Fernandes.

Keputusan untuk menandatangani Adisorn ini dilihat sebagai langkah Port FC untuk meraih gelaran Thai League 1 musim ini.

Baca artikel lain mengenai pemain Thailand di sini:

Port FC Turut Berminat Dapatkan Khidmat Pemain Tengah Muangthong United, Sarach Yooyen

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda

Charyl Chappuis Mahu Kembali Barisi Pasukan Kebangsaan Thailand