Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Thai League 1, Port FC tidak mahu ketinggalan dalam memburu pemain berstatus bintang dimana mereka dikhabarkan mahu meminjam penjaga gol skuad kebangsaan Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Presiden Port, Nualphan Lamsam atau Madame Phang mahu mengadakan perjumpaan dengan pengerusi OH Leuven, Aiyawatt Srivaddhanaprabha bagi membawa pulang Kawin bagi menghadapi separuh masa kedua saingan Thai League 1 musim ini.

Kawin Thamsatchanan

Sumber Gambar: Thai League

Port mahu menandatangani Kawin secara pinjaman dan memberikan pilihan tambahan iaitu kontrak tetap sekiranya menampilkan prestasi cemerlang bersama pasukan.

Kawin ketika ini beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo dalam saingan J. League, dimana penjaga gol berusia 31 tahun itu menyertai Consadole secara pinjaman dari Leuven pada awal tahun ini.

Faktor utama mengapa Madame Phang mahu membawa masuk Kawin Thamsatchanan ialah bagi memperkuatkan barisan pertahanan dimana Port yang dilihat sedikit goyah.

Port ketika ini menduduki tangga ke-8, empat mata di belakang kelab di tangga kedua, Ratchaburi dan sembilan mata di belakang pendahulu, BG Pathum United.

Port antara pasukan yang berbelanja besar musim ini dimana mereka setakat ini telah membawa masuk Adisak Kraisorn, Adisorn Promrak, Heberty Fernandes dan Charyl Chappuis.

Baca artikel lain mengenai Port FC dan Kawin Thamsatchanan di sini:

Port FC Dikenakan Hukuman Kalah 0-2 Dan Denda RM6,600 Akibat Masalah Stadium ‘Blackout’

Pemilik Kelab Port FC Ini ‘Steady’ Derma RM29,747 Tanpa Syarat Kepada 72 Buah Kelab T3 League

Kawin Thamsatchanan Jadi Pilihan Utama Jaga Pintu Gol Consadole Sapporo

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group