Bekas pemain kebangsaan Indonesia, Ponaryo Astaman dalam satu kenyataan menyatakan bahawa permintaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menggunakan kenderaan Barracuda hanyalah semata-mata permainan psikologi Malaysia menjelang perlawanan tersebut.

Beberapa hari yang lalu, FAM telah meminta jaminan keselamatan daripada PSSI selama berada di Jakarta selain menyediakan Barracuda bagi pengangkutan dari hotel ke Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Ponaryo yang kini merupakan seorang pengulas bola sepak mahu skuad Indonesia terus fokus dan tidak terprovokasi dengan isu diluar padang untuk mencatat kemenangan.

“Alasan permintaan mereka (Malaysia mahu menggunakan Barracuda) perlu diperhalusi termasuk merujuk kepada peraturan dan lain-lain. Bagi pemain (Indonesia) jangan terpedaya dengan provokasi ini, anggap ianya sebagai perang psikologi dan tetapkan fokus.” kata bekas pemain Telekom Melaka itu.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Simon McMenemy tidak mahu memeningkan kepada terhadap permintaan dari Malaysia itu. Beliau merasakan ia hanya untuk menggangu guat atau mencemaskan intimidasi penyokong Indonesia sahaja.

wow-simontc-_x600

Simon juga menyebut bahawa Malaysia sepatutnya lebih bijak menangani tekanan penyokong dengan idea yang lebih baik.

“Jika ini adalah sebahagian dari perang psikologi, itu menyedihkan. Mereka mampu tampil dengan idea yang lebih baik dari itu, tetapi (kami) tidak perlu risau.” ujar Simon lagi.

“Pemain tidak akan terpengaruh, apatah lagi saya. Kami akan bermain di SUGBK dengan baik.” tambah beliau.

Artikel panas lain berkaitan pertembungan Malaysia dan Indonesia untuk dibaca:

Fakta: 74 Kematian Dalam Tempoh 25 Tahun, Bukti Indonesia Antara Negara Paling Ganas Dalam Bola Sepak Asia

FAM Minta PSSI Sediakan Barracuda Untuk Skuad Harimau Malaya

Penyokong Indonesia ‘Mengamuk’ Harga Tiket Perlawanan Indonesia-Malaysia Melambung Tinggi

Sumber