Bekas pemain Manchester United, Rafael Da Silva mengkritik polisi scouting dan pembelian pemain di kelab itu pada ketika ini – yang menurut beliau tidak begitu betul.

Ada perkara yang tak kena dengan rekrut Man United selepas era Sir Alex Ferguson, menurut pemain itu.

Rafael yang kini bermain untuk Lyon menegaskan bahawa beliau sentiasa mengikuti perkembangan pasukan Manchester United sebagai seorang peminat.

Dan beliau melihat pelaburan ke atas para pemain oleh Manchester United kerapkali memakan mereka sendiri.

United kini lebih fokus kepada mendapatkan nama besar dan sanggup membayar apa sahaja. Tanpa menilai sama ada pemain tersebut sesuai dengan pasukan atau tak.

“Ianya mengambil masa terlalu lama untuk Manchester United kembali ke landasan yang sebenar.”

“Bagi saya dua tahun sudah cukuplah, namun kini mereka sudah tujuh tahun dan masih gagal berada di landasan yang sebetulnya.”

“Ini semua kerana kita telah melakukan beberapa perkara secara tidak betul.”

“Ianya bermula dengan menandatangani pemain yang terlampau mahal dan memberikan mereka terlalu banyak wang. Saya tidak setuju langsung dengan polisi sebegitu.”

“Hanya kerana pemain itu bernilai £150 juta, tidak bermakna dia cukup bagus untuk pasukan.

“Kita sudah melakukan beberapa kesilapan, namun sekarang ini kita berharap kita boleh kembali semula ke landasan yang kita mahukan.”

Rafael mengingatkan agar Ole Gunnar Solskjaer melakukan pembelian yang bijak bagi jendela perpindahan yang akan datang.

Beliau mahu pengurus Manchester United itu tidak mendapatkan pemain yang datang hanya kerana wang semata-mata.

Solskjaer sudah dikaitkan dengan beberapa pemain termasuk Jadon Sancho yang diletakkan nilai bermula £90 juta dan Harry Kane yang diletakkan tanda harga £200 juta.

Rafael berkata: “Mereka harus mencari pemain yang benar-benar ingin beraksi untuk Manchester United.”

“Dan bukannya mereka yang datang kerana mereka merasakan Manchester United yang pergi kepada mereka.”

“Lihat pada Chicharito.”

“Betapa bersungguh-sungguhnya beliau bermain untuk Manchester United kerana beliau mahu bermain untuk pasukan ini.”

“Berapa jumlah yang Manchester United bayar untuk beliau? Tidak banyak. Kamu harus bijak.

“Kamu harus dapat melihat pemain yang benar benar ingin bermain untuk Manchester United. Jadi kenalah bijak dalam menilai.”

“Harry Kane pemain yang bagus. Jadon Sancho juga pemain yang hebat. Namun perkara pertama kamu harus buat nilai adalah karakter pemain tersebut — sama ada mereka benar-benar ingin bermain untuk Manchester United.”

Baca juga berita bola sepak yang lain dari Eropah:

Pemain Chelsea Tak Setuju Dipotong Gaji 30%

Arsenal Berminat Dapatkan Dembele Secara Pinjaman

4 Sebab Werner Pemain Paling Berbaloi Dimiliki