Terdapat situasi menarik telah berlaku pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia, Selangor menentang JDT di Stadium Shah Alam malam tadi apabila anggota polis daripada Unit Dron PDRM telah ditugaskan menembak dron yang diterbangkan secara haram di dalam kawasan stadium tersebut.

Ia adalah sesuatu yang jarang dilihat dalam mana-mana perlawanan bola sepak sebelum ini sehingga menarik perhatian peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui apakah jenis senjata yang digunakan oleh polis tersebut.

73446273_2529485600505211_5664997202691358720_n
FOTO: NSTP/Aizuddin Saad

Difahamkan senjata canggih itu dikenali sebagai ‘Drone Gun’ tetapi tidak menggunakan peluru untuk menembak jatuh dron yang berlegar sekitar ruang udara sebaliknya ia hanya menggunakan frekuensi tertentu untuk menyekat kawalan kepada unit dron tersebut.

Dron itu mungkin digunakan untuk merakam gambar menarik sekitar perlawanan dari sudut pandangan udara. Tidak dinafikan rakaman video atau gambar yang di ambil daripada dron sangat mempersonakan.

Tetapi harus diingat, mereka tidak boleh menerbangkan dron sesuka hati tanpa kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa untuk tujuan keselamatan.

58381873_1055962911275853_7791506953426960384_n
FOTO: PDRM

Sekiranya ada yang ingin menerbangkan dron, mereka perlulah membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlebih dahulu dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Terdapatkan beberapa lokasi di Malaysia yang dilarang menerbangkan dron. Sebagai contoh, Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan yang menempatkan kementerian-kementerian mentadbir urus negara selain penempatan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Selain Putrajaya, ruang udara Istana Negara juga merupakan kawasan larangan menerbangkan dron kerana dikhuatiri akan digunakan untuk tujuan mengintip sehingga mengundang ancaman keselamatan kepada Malaysia.

Jika menerbangkan dron tanpa kebenaran boleh ditahan atas kesalahan Peraturan 143 (Peraturan Penerbangan Awam 2016) dan juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.

Tahukah anda, skuad kebangsaan UAE pernah menggunakan dron ketika mengendalikan sesi latihan di Malaysia. Baca artikel dibawah untuk ketahui lebih lanjut.

UAE Guna ‘Drone’ Untuk Pantau Sesi Latihan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia