Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan beberapa penyokong Kuala Lumpur City yang merempuh masuk padang selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 menentang Selangor di Stadium KLFA, Cheras semalam.

Perkara ini dikongsikan oleh Bernama dimana mereka memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Twitter menunjukkan dua peminat yang ditahan polis ketika cuba kembali ke tempat duduk penonton selepas memasuki padang.

Kuala Lumpur berjaya menewaskan Selangor dengan keputusan 1-0 pada aksi suku akhir kedua hasil jaringan Romel Morales pada separuh masa kedua sekaligus mara ke peringkat separuh akhir dengan kemenangan 3-0 secara agregat.

Sejurus pengadil perlawanan meniup wisel menandakan permainan telah tamat, sekumpulan besar penyokong masuk ke dalam padang bagi meraikan kemenangan tersebut dengan pemain.

Perkara lantas mendapat kritikan dari ramai pihak dimana mereka menganggap aksi sekumpulan peminat ini dianggap merugikan pasukan dan melanggar Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL).

Pemain dengan mudah terdedah kepasa virus COVID-19 dan sekiranya ada pemain atau pegawai pasukan yang positif, tidak mustahil Kuala Lumpur akan menerima nasib yang sama seperti Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan terpaksa melupakan saingan Piala Malaysia musim ini selepas ada pemain dan pegawai pasukan yang dijangkiti COVID-19 sekaligus menarik diri saingan saingan musim ini.

Di peringkat separuh akhir, skuad bimbingan Bojan Hodak akan berdepan dengan Melaka United yang menewaskan Sabah dengan keputusan 3-1 secara agregat di peringkat suku akhir.

Ini kali pertama Kuala Lumpur City mara ke peringkat separuh akhir dalam tempoh 29 tahun. Bagi Melaka pula, mereka merasai pentas separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 38 tahun.

Satu lagi aksi separuh akhir akan melibatkan dua kelab iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu. Kali terakhir dua pasukan bertemu di peringkat separuh akhir ialah pada saingan edisi 2018 dimana Terengganu muncul sebagai pemenangan dengan keputusan 3-2 secara agregat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Sikh Izhan Nazrel Terbang Ke Sepanyol, Jalani “Trial” Bersama Fuenlabrada

Video ‘Pitch Invasion’ Penyokong Kuala Lumpur City Selepas Kalahkan Selangor Bakal Mengundang Padah

Piala Malaysia 2021: Arif Aiman ‘Hancurkan’ Harapan Kedah, Bawa JDT Ke Separuh Akhir