Police Tero FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut dalam saingan Thai League 1 apabila baru-baru ini mereka tunduk kepada juara bertahan, Chiangrai United dengan keputusan 1-0.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Boonyachinda semalam, jaringan tunggal Akarawin Sawasdee pada minit ke-43 sudah cukup untuk memberikan kemenangan bagi Chiangrai, sekaligus kekalahan kali ketiga berturut-turut untuk Police.

Pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh sekali lagi memulakan perlawanan dari bangku simpanan dimana ketua jurulatih pasukan, Rangsan Viwatchaichok meletakkan Greg Houla di posisi sayap kanan.

Sumareh hanya dimasukkan pada minit ke-78 dimana beliau menggantikan Narong Jansawek. Namun, kemasukan Sumareh gagal untuk membantu Police Tero sekurang-kurangnya mengutip satu mata.

Police Tero

Sumber Gambar: Police Tero FC

Seorang lagi pemain Malaysia, Dominic Tan tidak disenaraikan dalamb skuad bagi menghadapi Chiangrai. Perkara ini nyata mengejutkan dimana Dominic menampilkan prestasi yang baik pada perlawanan menentang Muangthong United minggu lalu.

Pada perlawanan Thai League 1 yang seterusnya, Police akan berdepan Bangkok United di laman lawan.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:

Sumareh Buat Penampilan Pertama Bersama Police Tero FC, Impak Positif Dipamerkan Berjaya Curi Tumpuan

FAM Tunggu Keputusan FIFA Berhubung Isu Sumareh Dan PBNP

PBNP: Mohamadou Sumareh Didapati Bersalah Atas 4 Pertuduhan, Digantung 2 Tahun Dari Sebarang Aktiviti Bola Sepak

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group