Pemain pertahanan kebangsaan yang dipinjam dari Johor Darul Ta’zim, Dominic Tan kini mempunyai peluang yang cukup baik untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim 2020 apabila kelab Police Tero FC sah layak ke saingan tertinggi bola sepak Thailand.

Police Tero FC dalam perlawanan terakhir liga Thai League 2 hari ini menewaskan Rayong FC 7-0 untuk mengesahkan status selaku naib juara Thai League 2 dengan mengumpul 65 mata dibelakang BG Pathum United dengan perbezaan 13 mata.

74270526_1192603551128197_4727977450582048768_n

Masa depan Dominic Tan bersama pasukan Police Tero FC masih lagi tidak dapat dipastikan kerana mengikut maklumat sekitar 4 bulan lalu, beliau hanya dipinjamkan untuk baki saingan liga 2019.

Ini adalah peluang baik untuk Dominic Tan bagi mengharungi saingan dalam sebuah liga bola sepak terbaik di ASEAN bersama Police Tero FC seterusnya menggunakan pengalaman itu bagi membantu mengukuhkan lagi kekuatan pasukan kebangsaan di masa depan.

Dominic Tan tersenarai sebagai pemain simpanan dalam perlawanan bertemu Rayong FC dan berdasarkan ‘starting list’ rasmi sehingga kini beliau hanya melakukan 1 penampilan bersama Police Tero FC.

562000010680605
Dominic Tan bersama pasukan Police Tero FC bergambar dengan penyokong mereka meraikan kejayaan kembali ke saingan Thai League 1.

Semoga Dominic Tan mampu untuk terus kekal bersama pasukan Police Tero FC untuk mengembangkan bakatnya dalam saingan Thai League 1 musim 2020.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda.

Akira Nishino: Durasi Perlawanan Bola Sepak Di Negara Bukan ‘High Level’ Adalah Lebih Pendek

Bawa Masuk ‘Messi Vietnam’ Sedap Bunyinya, Faedah Tidak Seberapa Dari Pengikut Instagram

Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai