Insiden kekecohan penyokong ketika perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Khamis lalu kini memasuki babak baharu apabila polis Indonesia menafikan ada sebarang insiden kekecohan berlaku.

Menurut laporan CNN Indonesia, Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Raya), Argo Yuwono menyatakan tiada sebarang insiden berlaku di kalangan penyokong tuan rumah semasa perlawanan berlangsung.

“Tidak ada (insiden kekecohan penyokong), yang terjadi hanyalah kejadian balingan air,” kata Argo.

Selain itu, Argo juga menafikan dakwaan ada penyokong Indonesia yang diamankam oleh pihak polis serta menegaskan anggota beliau tidak cedera semasa menjalankan tugas pada Khamis lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Argo Yuwono ini nyata bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di GBK. Di media sosial ketika ini masih lagi tersebar video yang menunjukkan penyokong Malaysia diserang dan dilempar pelbagai objek oleh penyokong tuan rumah.

Malah, seramai dua penyokong Malaysia mengalami kecederaan antaranya patah tangan ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan dan luka di bahagian kepala dan belakang badan apabila dibaling objek keras oleh penyokong tuan rumah.

Apa yang pasti, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Indonesia agar kejadian tidak bermoral seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai kekecohan penyokong Indonesia di sini:

Saksikan Bagaimana Penyokong Indonesia Membaling Air Kencing Ke Arah Penyokong Malaysia

Hati Saya Lebih Sakit Melihat Kekecohan Penyokong – Andritany Ardhiyasa

Warga Indonesia Ini Akui Penyokong Mereka ‘Darurat’ Hormati Pasukan Lawan, Fanatik Itu Boleh, Goblok Itu Jangan.