Penganjur Sukan SEA telah meminta maaf kerana isu bendera terbalik ketika upacara pembukaan di Kemboja. Anggap ianya tidak disengajakan.

Dalam acara pembukaan semalam, netizen terkejut melihat beberapa bendera yang terbalik.

Malah ada yang menyindir: “Poland ada kat Sukan SEA ke?” merujuk kepada bendera Indonesia yang terbalik dalam acara pembukaan tersebut.

Penganjur menerusi syarikat yang mengendalikan acara pembukaan Sukan SEA , Town Production mengeluarkan kenyataan maaf terbuka secara rasmi kerana kesilapan melibatkan bendera terbalik itu.

Organisasi itu berkata:

“Kami ingin memohon maaf seikhlasnya kerana kesilapan kami ketika mengibarkan bendera, Indonesia, Vietnam dan juga Myanmar pada malam pembukaan Suka Sea ke-32.”

Town Production sangat menyesali kesilapan mereka yang telah membuatkan ramai tersinggung. Terutama sekali ia melibatkan bendera.

“Kami sangat kesal dengan kesilapan biadap kami yang menyinggung perasaan orang ramai,” tegas mereka lagi dalam kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama penganjur turut menegaskan mereka terlepas pandang perkara tersebut dan tidak berniat langsung mahu menebalikkan bendera negara negara tersebut.

Town Production menegaskan bahawa mereka akan membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kedutaan Indonesia, Vietnam dan Myanmar.

Pihak yang bertanggungjawab turut berjanji bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Mereka juga bertekad akan memperbaiki diri dan belajar daripada kesilapan tersebut bagi memastikan perkara yang sama menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Town Production akan mengeluarkan kenyataan maaf secara rasmi kepada pihak kedutaan Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang berada di Kemboja.”

“Terus bergerak ke hadapan, kami harap kesilapan ini akan menjadi pengajaran kepada yang lain dan akan bekerja secara internal untuk memperbaiki prestasi kerja kita bagi memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi,” tutup kenyataan itu lagi.

Sukan SEA Kemboja 2023 secara rasminya telah membuka tirainya. Ianya adalah pertandingan sukan serantau melibatkan negara negara di Asia Tenggara.

Sukan SEA adalah sukan yang meraikan semangat persahabatan negara negara di ASEAN. Dan telah melahirkan ramai jaguh sukan termasuk jaguh dunia dan olimpik.