Ketua jurulatih Pohang Steelers, Kim Gi-dong mahu pemainnya berhati-hati dan waspada terhadap kebangkitan pasukan JDT pada perlawanan keempat AFC Champions League (ACL) petang ini.

Selepas menewaskan Harimau Selatan 4-1 beberapa hari lalu, Kim Gi-dong sedar skuad kendalian Benjamin Mora itu pasti akan bermain mati-matian mendapatkan 3 mata penuh untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan kedua.

“Daripada menumpukan perhatian terhadap JDT, kami perlu menambah mata. Fokus kami adalah bola sepak Pohang dan secara taktikalnya akan ada beberapa perubahan dalam serangan dan pertahanan kerana kami masih tidak tahu bagaimana JDT akan bermain dalam perlawanan seterusnya.

“Pada hari perlawanan, kami harus membuat tindakan, seperti bagaimana lawan kami bermain dalam serangan dan bagaimana mereka diturunkan secara bertahan.

“Saya tidak dapat dedahkan siapa yang akan bermain tetapi sudah tentu pemain muda akan mendapat peluang untuk bermain dalam perlawanan ini,” katanya dalam sidang media.

Beliau juga mendedahkan terdapat beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan tidak berada dalam skuad kali ini. Situasi itu bakal memberi kelebihan kepada JDT untuk bersaing dengan pasukan tersebut.

“Pasukan kami masih tidak berada dalam keadaan fizikal yang baik kerana beberapa pemain masih cedera dan ada yang tidak berada dalam pasukan. Berbanding dengan liga domestik, mereka dapat banyak minit permainan.

“Sudah tentu kami mahu keputusan yang positif dalam pertandingan ini tetapi pada masa yang sama pemain muda akan dapat pengalaman bermain di peringkat ini dan ianya bagus untuk pembangunan serta akan membantu mereka lebih yakin,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.

Pemain Vietnam Jual T-shirt Dengan Grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ Di Lazada Dengan Harga RM54 Sehelai

Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?