Paul Pogba sedia untuk terus kekal bersama dengan Man United, dengan menandatangani kontrak lanjutan.

Namun pemain itu mahu menjadi pemain dengan gaji paling lumayan di Man United. Ketika ini, penerima gaji terbesar di Man United ialah Cristiano Ronaldo yang mendapat sekitar £480,000 seminggu.

Mino Raiola menjangkakan Pogba akan menerima sekurang kurangnya £500,000 seminggu di Old Trafford.

Beberapa tahun yang lalu, Raiola pernah menganggap Pogba sebagai pemain terbaik dan berkelas dunia yang United ada. Jadi dia berhak menerima gaji lebih besar daripada mana mana pemain yang lain.

Raiola berkata begitu selepas Man United memberikan £550,000 seminggu kepada Alexis Sanchez. Namun selepas Sanchez dilepaskan ke Inter Milan dan meninggalkan kelab itu secara tetap, isu tersebut seakan akan reda.

Raiola kemudian menangguhkan rundingan lanjutan kontrak kerana beliau dikatakan mahu melihat kontrak pemain lain. De Gea kemudian menjadi pemain dengan gaji tertinggi kelab dengan £350,000 seminggu.

Kemasukan Sancho turut membuatkan pemain muda itu menerima gaji yang setaraf dengan De Gea.

Pada hari terakhir perpindahan pra musim ini, Ronaldo masuk ke United dan menerima £480,000 seminggu.

Jadi Raiola kini meminta agar United membayar Pogba £500,000 seminggu.

Pogba sebelum ini pernah cuba keluar dari United untuk kembali ke Juventus. Namun Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu melepaskan pemain itu. Pogba turut dikaitkan dengan Real Madrid. Malang sekali, Ole tidak berubah pendirian.

Ole merasakan Pogba adalah nadi penting dalam projek pasukannya.

Namun dalam beberapa perlawanan musim ini, Pogba bukan pilihan utama di belakang Fred, McTominay dan Bruno Fernandes.

Pogba dimasukkan sebagai pemain gantian dalam aksi penting berdepan Liverpool, dan menerima kad merah hanya selepas 15 minit di atas padang.

Pogba kini mengalami kecederaan dan perlu berehat beberapa minggu. Kecederaan tersebut berlaku ketika latihan bersama pasukan kebangsaan Perancis.