Paul Pogba mengatakan bahawa dia tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Manchester United mengenai kontrak baru di Old Trafford – pada masa ini.

Dan beliau juga menegaskan bahawa impiannya adalah untuk beraksi dengan Real Madrid.

Pada sidang media menjelang pertandingan Liga Negara Eropah, pemain berusia 27 tahun itu berkata: “Semua pemain bola sepak mahu bermain untuk Real Madrid. Ini adalah impian bagi saya, mengapa tidak satu hari nanti?”

“Saya di Manchester dan saya sayangkan kelab saya. Saya bermain di Manchester, saya sedang gembira dan saya mahu melakukan segala-galanya untuk meletakkan kelab di tempat ia selayaknya.”

“Saya akan memberikan segalanya sampai ke tahap maksimum, seperti rakan sepasukan saya yang lain.”

Pogba adalah sebahagian daripada pemain Manchester United yang mencatatkan keputusan mengecewakan dalam perlawanan terakhir mereka, di mana mereka menelan kekalahan 6-1 di Old Trafford kepada Tottenham.

“Pada masa ini, saya berada di Manchester dan saya menumpukan perhatian untuk kembali ke prestasi terbaik saya.”

“Saya rasa akan ada masanya kelab akan datang dan bercakap dengan saya dan mungkin menawarkan sesuatu, atau tidak. Setakat ini, tidak ada yang berlaku. Saya tidak dapat memberitahu anda sesuatu yang saya tidak tahu.”

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer kini berada di dalam tekanan untuk memenangi piala.

Manchester United telah membelanjakan lebih dari £250 juta untuk pemain sejak Solskjaer mengambil alih pekerjaan secara tetap pada bulan Mac 2019.

Ini termasuk perpindahan melibatnkan wang besar musim lalu untuk Harry Maguire, Bruno Fernandes dan Aaron Wan-Bissaka.

ole-gunnar-solskjaer_0c47063

Donny van de Beek tiba pada bulan September tahun ini dan Edinson Cavani adalah pemain yang berprofil tinggi terbaru ditandatangani di Old Trafford.

United juga berjaya memuktamadkan perjanjian mendapatkan Alex Telles.

Baca juga perkembangan lain

Cavani Akhirnya Buka Mulut Insiden Berebut Penalti Dengan Neymar

Perancis Keronyok Ukraine 7-1

Luis Enrique Minta Penyokong Dan Media Sepanyol Bertenang Tentang Ansu Fati