Dokumentari Pogmentary telah menjadi perhatian dunia. Terutama sekali melibatkan kenyataan Pogba yang menjelaskan kenapa dia tidak melanjutkan kontrak di Manchester United.

Pemain antarabangsa Perancis itu menganggap Man United tidak menepati janji mereka. Di mana kelab itu ketika itu sedia menjadikan Pogba sebagai pemain dengan gaji sangat lumayan.

Terdapat laporan di mana Ed Woodward sedia memberikan pemain itu pakej gaji sehingga £300,000 seminggu.

Paul Pogba menolak perjanjian besar £300 seminggu dari Manchester United, dan memanggil tawaran itu ‘tiada apa-apa,’ semasa berada di dalam Rolls Royce miliknya di Miami.

Pogba meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim, selepas enam musim musim kembali semula ke Man United. Dia antara pemain yang diletakkan harapan yang sangat tinggi oleh peminat ketika dia kembali sebagai rekod perpindahan dunia ketika itu.

Ia adalah kali kedua pemain tenga Perancis itu meninggalkan kelab secara percuma, setelah melakukan perkara yang sama pada 2012, di bawah kendalian Sir Alex Ferguson. dengan Juventus sekali lagi dijangka menjadi destinasinya, seperti 10 tahun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu dijangka mengumumkan keputusannya untuk kembali ke Juventus pada hari Jumaat, pada hari yang sama ‘Pogumentary’ ditayangkan.

Pratonton filem itu, mendedahkan bahawa dia menolak perjanjian daripada United yang bernilai lebih daripada perjanjian £290,000 seminggu sebelum ini.

“Paul, kamu berada dalam situasi yang sangat spesifik. Kamu tidak tahu. Kamu tidak tahu,” kata ejen itu kepada pelanggannya menerusi telefon Julai lalu.

“Adakah Manchester [United] membuat tawaran kedua?” tanya pemain tengah itu.

“Ya. Mereka benar-benar mahu kamu kekal. Bagi saya, tawaran itu tidak menggambarkannya. Saya memberitahu mereka, ‘Jika kamu mahu dia kekal, jangan buat tawaran seperti itu’. Saya akan membuat mereka faham bahawa jika mereka benar-benar mahu kamu kekal dan mereka mahu membina projek di sekeliling kamu, kali ini mereka perlu bertindak secara berbeza dan meletakkan wang di atas meja,” kata Raiola lagi.

“Mereka menipu,” jawab Pogba, “Bagaimana kamu boleh memberitahu pemain yang kamu benar-benar mahukannya dan tidak menawarkan apa-apa kepadanya? Tidak pernah melihatnya.”

Raiola mendakwa bahawa United perlu menunjukkan bahawa mereka harus membina pasukan di sekeliling pemenang Piala Dunia itu. Dia menegaskan perkara itu sejak hari pertama lagi. Dan membuatkan Raiola tidak sehaluan dengan pengurus seperti Jose Mourinho an Ole Gunnar Solskjaer.