Mauricio Pochettino dilaporkan mahu PSG mendapatkan Lionel Messi yang akan menjadi pemain ejen bebas pada musim hadapan.

Pochettino sudah tidak sabar untuk kembali ke pengurusan selepas 12 bulan menganggur – setelah dipecat oleh Tottenham Hostpur.

Pochettino bakal menggantikan Tuchel yang dipecat oleh PSG walaupun beberapa bulan lalu diberikan jaminan bahawa pemilik akan terus menyokongnya.

Pochettino bekas pemain PSG dan beliau akan membuat kepulangan semula ke Parc Des Princes. Namun kali ini Pochettino dikatakan mahukan Lionel Messi untuk memperkuatkan serangannya yang sudah ada Angel Di Maria, Mbappe dan Neymar.

Messi masih belum ada tanda tanda bahawa beliau mahu menandatangani kontrak baharu di Barcelona.

Dan pemain itu juga dilaporkan masih berminat untuk bergabung semula dengan Pep Guardiola di Manchester City selepas usahanya sebelum ini gagal.

Dari segi kewangan, Man City dan PSG mampu untuk membayar Lionel Messi yang memiliki gaji yang sangat tinggi.

Polisi presiden baharu Barcelona yang bakal diketahui tidak lama lagi juga bakal mempengaruhi masa depan Messi di Barca.

Dan Pochettino sudah berencana untuk menggabungkan semula Messi dengan Neymar yang satu ketika dahulu pernah membentuk trio berbisa MSN bersama Luis Suarez.

Sebelum ini Messi pernah menyuarakan pandangannya agar Barcelona mendapatkan semula Neymar. Namun harga pemain itu terlalu mahal.

Neymar juga berkali kali menyatakan beliau mahu beraksi semula bersama dengan Lionel Messi.

PSG juga dikatakan akan meminta bantuan Neymar untuk meyakinkan Messi datang ke kelab mereka. Ini kerana kedua dua mereka adalah rakan baik.

Selain daripada Messi, Pochettino juga mahukan bintang tidak diingini Mourinho di Spurs, Dele Alli dalam senarai pembeliannya.

Alli mungkin akan menjadi sasaran paling mudah ditandatangani kerana hubungan Pochettino dengan Spurs yang masih baik.

Selain itu Dele Alli meningkat naik di bawah Pochettino.

Baca juga perkembangan lain

Lampard Kutuk Aksi Malas Pemain Chelsea Dan Minta Mereka Turut Bertanggungjawab

Boxing Day: Gol Lewat Vardy Buat United Kempunan 3 Mata

Pochettino Bakal Diumumkan Sebagai Pengurus Baharu PSG