Masa yang ditunggu peminat Lionel Messi dan PSG sudah pun tiba. Nama pemenang Ballon d’Or itu disenaraikan dalam pasukan yang akan bertandang ke Reims.

Messi kemungkinan besar akan melakukan debut di Stadium Auguste Delaune II.

Messi menyertai PSG beberapa minggu lalu. Namun ada beberapa perkara perlu diselesaikan. Seterusnya Pochettino mahu memastikan Messi benar benar bersedia untuk tugasan bola sepak.

Messi masih menyesuaikan diri dengan pasukan dan Kota Paris. Dan kini pemain antarabangsa Argentina itu sudah sedia untuk turun beraksi.

Pastinya peminat sudah tak sabar melihat aksi Messi bergandingan semula dengan Neymar.

Tidak pasti pula sama ada Mbappe akan beraksi dalam aksi kali ini. Pemain tersebut masih cuba menyelesaikan masa depannya dengan PSG.

Real Madrid dikaitkan dengan Mbappe sejak seminggu lalu. Di mana dua bidaan sudah dihantar kepada PSG. Bidaan terakhir bernilai EUR180 juta.

Tetapi Pochettino turut menyertakan nama Mbappe dalam skuad beliau.

Pengurus dari Argentina itu berkata: “Trio Messi-Mbappe-Neymar esok? Kami belum memutuskan nama skuad penuh kami, tapi mereka bertiga sudah pastinya berada dalam senarai itu.”

“Esoklah kita tengok kesebelasan utama kami.”

Selain itu, Pochettino sangat berpuas hati dengan perkembangan Lionel Messi yang menurutnya, berjaya menyesuaikan diri dengan sangat baik dengan pasukan barunya.

Aksi Reims dan PSG akan berlangsung pukul 2.45 pagi esok waktu Malaysia. Kepada anda yang mahu melihat kelibat Messi buat pertama kali menyarung jersi kelab selain Barcelona, anda boleh bersedia.

Baca juga artikel

Serie A: Juventus Mulakan Pasca-Ronaldo Dengan Kekalahan Mengejut Di Tangan Pasukan Baru Naik

Guardiola Minta Peminat Arsenal Percayakan Arteta, Pengurus Yang Dia Sangat Minati

EPL: Penalti Salah Selamatkan Liverpool Lawan 10 Pemain Chelsea