Mauricio Pochettino secara terbukan menyatakan rasa cemburunya pada Pep Guardiola di Manchester City. Situasi Pochettino di PSG ternyata tak sama seperti Guardiola di City, walaupun kedua dua kelab memiliki sumber kewangan yang sangat besar.

Di mana Man City terus mengekakan Guardiola selama 7 tahun walaupun dia gagal memberikan kejuaraan UCL kepada kelab itu.

Mauricio Pochettino menjadi pengurus Paris Saint-Germain pada 2 Januari 2021. Bagaimanapun, tempoh Pochettino di PSG adalah singkat.

Pengurus yang berjaya membawa Tottenham Hotspur ke final Liga Juara-Juara 2018/2019 telah dipecat oleh PSG pada pra musim 2022/23 dan digantikan dengan Christophe Galtier.

Mauricio Pochettino hanya mengetuai Paris Saint-Germain dalam 84 perlawanan dalam semua pertandingan. Pochettino mempunyai rekod 56 kemenangan, seri 13 dan kalah 15.

Semasa berkhidmat dengan PSG, Pochettino memberikan tiga piala iaitu Piala Super Perancis 2020, Piala Perancis 2021 dan Liga Perancis 2022.

Selepas dipecat PSG, Mauricio Pochettino membandingkan situasinya dengan jurulatih Manchester City, Pep Guardiola.

“Ada pasukan seperti Liverpool atau Manchester City yang percaya dengan projek jangka panjang dan memberi peluang kepada anda,” kata Mauricio Pochettino kepada AS.

“Saya selalu membuat perbandingan. Kami memenangi liga dengan PSG dengan 15 mata.”

“Kami tewas kepada Madrid dan sudah tentu kami tahu bahawa kami dalam masalah.”

“City disingkirkan oleh Madrid, tiga gol dalam masa lima minit, tetapi minggu berikutnya mereka membeli Haaland dan memberikan pengurus kekuatan semula, mencari penyelesaian dan memenangi Liga Perdana Inggeris, seperti PSG memenangi Liga Perancis.”

“Projeknya berbeza. Terdapat Manchester City yang mempercayai jurulatih selama tujuh tahun dan PSG, di mana anda perlu datang dan juara. Memenangi Liga Juara-Juara, bukan liga. Ia berbeza dan saya menerimanya.”

“Apabila kami datang ke PSG, kami tahu bahawa kami perlu cuba memenangi Liga Juara-Juara jika kami mahu meneruskan projek kelab itu,” tambah Pochettino lagi.

Walaupun mempunyai peratusan kemenangan 66 tidak menjadikan kedudukan Mauricio Pochettino selamat.

Kekalahan agregat 2-3 kepada Real Madrid dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara 2021-2022 menjadi punca utama Pochettino dipecat sebagai jurulatih PSG.

Walaupun mengakui ianya adalah pengalaman yang pahit. Namun Pochettino percaya PSG akan menjulang UCL dalam masa terdekat. Beliau tidak nampak ada alasan yang menghalang kelab tersebut.

“Projek PSG adalah kegagalan selama 50 tahun. Bukan sahaja musim lalu, kerana PSG, terutamanya dalam 10, 11 tahun lepas, dengan kehadiran pemilik baharu, mempunyai matlamat untuk memenangi Liga Juara-Juara.”

“Saya fikir ia akan dicapai kerana sumber yang mereka ada sekarang. Tetapi kadangkala dalam bola sepak, ia bukan satu perkara yang anda fikir akan berlaku, ada faktor yang anda tidak boleh kawal.”

“Tahun demi tahun berusaha, PSG pasti boleh mencapai impian untuk memenangi Liga Juara-Juara,” kata Pochettino lagi.