Thomas Tuchel dipecat oleh PSG hanya beberapa jam setelah memimpin pasukannya untuk mengalahkan Strasbourg dengan kemenangan 4-0.

Kemenangan itu melonjakkan PSG ke tempat ketiga dalam kedudukan carta Ligue 1 di mana pasukan Paris itu mendapat 35 mata dari 17 perlawanan.

PSG hanya ketinggalan satu mata di belakang Lyon dan Lille di kedudukan dua teratas.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Tuchel dipecat, walaupun aksi cemerlang PSG dalam perlawanan tersebut.

Dalam tweet-nya, Fabrizio Romano berkata:

“Thomas Tuchel telah dipecat oleh dewan PSG, ianya disahkan. Permainan berakhir dan pengurus baru akan datang. Pengumuman rasmi dijangka tidak lama lagi.”

Alasan utama pemecatan Tuchel dilaporkan adalah kerana aksi tidak konsisten PSG musim ini. Mereka musim ini sudah 4 kali kalah dan dua kali seri.

Pemecatan itu bermakna PSG harus membayar pamapasan €6 juta kepada pengendali dari Jerman itu.

PSG kemudian menghubungi bekas pemain mereka, Mauricio Pochettino untuk mengisi kekosongan tersebut.

Di mana mereka cuba menyelesaikan perjanjian dengan secepat mungkin.

PSG dan Pochettino kemudian dilaporkan sudah mencapai kesepakatan.

Dengan Pochettino diberikan kebebasan untuk membawa masuk staf kejurulatihan dan teknikal.

Pochettino beberapa bulan lalu mengesahkan beliau merindui bola sepak dan sedia kembali ke tepi padang.

Beliau dikaitkan dengan banyak pasukan besar yang berhadapan dengan masalah prestasi.

Pochettino dikenali dengan gaya bola sepak menyerang dan beliau kali terakhir bertugas di Spurs. Membantu pasukan itu mara ke final UCL. Pencapaian tertinggi kelab tersebut dalam sejarah.

Baca juga perkembangan lain

Piala Carabao: Man United Mara Ke Separuh Akhir Menerusi 2 Jaringan Lewat

Pirlo Kritik Sikap Pemain Menjelang Cuti Natal Dan Persoal Mutu Pengadilan

Arteta Ingatkan Pemainnya: “Bangkit Atau Alami Masalah Besar”