Badan pengendali liga, Malaysian Football League (MFL) semalam mengumumkan pindaan jadual perlawanan CIMB Liga Super di antara Kedah menentang Sabah.

Disebabkan oleh lokasi perlawanan yang terletak di Alor Setar telah diisytiharkan untuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) kerana peningkatkan kes wabak COVID-19, maka MFL telah membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan di Kuala Lumpur pada 21 September 2020.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan setelah menerima permohonan rasmi daripada pasukan Kedah.

“Dimaklumkan bahawa MFL telah menerima permohonan rasmi dari pasukan Kedah mengenai permohonan pindaan tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut kerana Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam Daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan PKPD (Pentadbiran).

“Oleh demikian, pihak MFL telah memutuskan untuk meminda tarikh dan venue bagi perlawanan tersebut di mana tarikh 19 September 2020 dan venue di Stadium Darul Aman, Alor Setar telah dipinda ke tarikh 21 September 2020 dan venue di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras selepas mendapat persetujuan bersama daripada kedua-dua pasukan.

“Pindaan perlawanan tersebut juga dipinda setelah mengambil kira segala aspek seperti penyiar rasmi, komersil MFL serta pihak media.

“Pindaan ini tidak melibatkan perlawanan-perlawanan lain seperti yang telah dijadualkan di mana jadual perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020 telah dikemaskini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Skuad Helang Merah setakat ini mempamerkan prestasi konsisten apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut sejak saingan CIMB Liga Super kembali bersambung apabila menewaskan FELDA United, 2-1 minggu lepas.

Kemenangan itu turut menyaksikan Kedah kini menghuni kedudukan kedua liga dengan 13 mata mengatasi Perak yang hanya mengutip 11 mata setakat ini. Manakala JDT masih unggul di kedudukan teratas dengan 19 mata.

Tingga 4 lagi perlawanan Liga Super, jika terus mengutip 3 mata, Kedah berpeluang dinobatkan sebagai naib juara sekaligus mendapat tiket beraksi dalam saingan AFC Cup musim depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

TMJ: 1 Atau 2 Penalti Untuk Terengganu Dan 1 Kad Merah Untuk Dominic Silva, Pengadil Gagal Kawal Perlawanan Dengan Baik

Tengku Muda Pahang: Kami Akan Bawa Kes Sumareh Ke AFC Dan FIFA

Satiananthan Kecewa Selangor Gagal Manfaatkan Peluang Di Halaman Sendiri