Selepas tamat semua perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018, Perak muncul sebagai naib juara liga apabila Pahang gagal menggunakan peluang untuk berada pada kedudukan itu apabila tewas 1-2 kepada Kelantan.

Situasi yang semakin menjadi perhatian adalah pasukan mana yang akan menerima slot kelayakan 2 Play-Off AFC Champions League 2019 nanti. Semuanya masih belum terjawab kerana beberapa pasukan masih mempunyai peluang dan kebarangkalian merebut slot tersebut.

Pahang, Perak, PKNS FC, Terengganu dan Kedah Masih Berpeluang

Jika dilihat berdasarkan peraturan yang dikeluarkan oleh AFC, ada 5 pasukan yang mempunyai peluang untuk bersaing diperingkat Asia ini – Pahang, Perak, PKNS FC, Terengganu dan Kedah.

  1. Pahang yang sehingga kini masih belum mengemukakan rayuan kepada FAM selepas digantung dari memohon lesen kelab AFC, akan menerima slot jika diluluskan permohonan dan menerima lesen kelab AFC.
  2. Perak hanya akan menerima slot itu sekiranya, Pahang tidak membuat rayuan atau gagal menerima lesen kelab AFC. Selain itu, Perak juga perlu mempunyai lesen kelab AFC untuk tujuan tersebut.
  3. PKNS FC berpeluang untuk beraksi dalam kelayakan Play-Off 2 AFC Champions League 2019, sekiranya (1) dan (2) berlaku. PKNS FC juga dilihat tidak bermasalah untuk menerima lesen kelab AFC 2019 selepas mereka merupakan salah 1 dari 4 kelab dalam unifi Liga Super Malaysia yang menerima lesen kelab AFC selain Johor Darul Ta’zim, Selangor dan Pahang.
  4. Terengganu, meskipun mempunyai peluang yang tipis, masih mempunyai harapan sekiranya (1),(2) dan (3) gagal menerima lesen kelab AFC selain perlu mempunyai lesen AFC 2019.
  5. Kedah merupakan pasukan terakhir dalam unifi Liga Super Malaysia yang masih mempunyai peluang/kebarangkalian menerima slot itu.

Pasukan ditangga ke 7 liga sudah tidak layak menerima apa-apa slot menurut peraturan 12.6 Entry Manual AFC Club Competition 2017-2020.

PKNS AFC Champions League

Berdasarkan kedudukan AFC MA Ranking yang diambil kira bagi slot 2019 dan 2020, wakil Malaysia yang akan beraksi dalam pusingan kelayakan 2 Play-Off akan beraksi di ‘home’ dan bukan ditempat lawan.

Mengikut ramalan, wakil Malaysia itu nanti akan menerima kunjungan Kitchee SC sebagai juara Hong KOng Premier League 2018.

2 musim lalu, kelab dari Hong Kong – Eastern & Kitchee SC, beraksi dalam saingan AFC Champions League. Dari 2 musim penyertaan mereka, Eastern berjaya menutip 1 mata apabila seri bertemu Kawasaki Frontale musim 2017, dan Kitchee SC memperoleh kemenangan tunggal apabila menewaskan Kashiwa Reysol 1-0 musim 2018.