Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan pihaknya belum menerima permohonan rasmi daripada PKNS FC untuk dijadikan sebagai ‘feeder club’ atau kelab pembangunan pasukan Selangor pada musim depan.

Penggabungan PKNS FC dengan Selangor telah dipersetujui oleh 47 ahli gabungan yang hadir pada mesyuarat Kongres Luar Biasa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang berlangsung di Shah Alam pada hari sabtu lepas.

“Kami belum menerima sebarang dokumentasi secara rasmi tetapi sudah tahu mereka mahu menjadi kelab pembangunan. Pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga telah meluluskannya. Kalau sudah terima, saya rasa bagus untuk PKNS. Kami akan menilai perkara itu,” kata Stuart dalam Stadium Astro.

PKNS FC
Barisan pemain yang menyarung jersi PKNS FC pada musim 2019.

Sekiranya PKNS FC memberi lampu hijau untuk dijadikan sebagai kelab pembangunan, pasukan itu bakal beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan serta mungkin dinamakan sebagai “Selangor II”.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon menjelaskan penggabungan itu masih belum dimuktamadkan secara rasmi kerana mereka perlu menyelesaikan beberapa proses penting yang melibatkan kedua-dua belah pihak.

“Proses ini belum lagi selesai. Pihak PKNS perlu melakukan perkara yang sama dan setelah MFL menerima permohonan kedua-dua pihak, barulah MFL akan membenarkannya,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan PKNS FC untuk dibaca melalui pautan dibawah. 

PKNS FC Jadi ‘Feeder Club’ Kepada Selangor

PKNS FC Mahu Memantapkan Kewangan Pasukan

Peter James Butler Panggil Penyerang PKNS FC, Kpah Sherman Sertai Skuad Kebangsaan Liberia

Sumber