Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan telah meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menukar status PKNS FC dan PKNP FC sebagai Reserve Team.

Bagaimanapun, MFL menegaskan kelulusan itu secara bersyarat di mana kedua-dua persatuan negeri tersebut harus memenuhi keperluan untuk layak sebagai Reserve Team termasuk aspek kewangan stabil, transisi kontrak PKNS FC dan PKNP FC perlu mengikut peraturan dan kemudahan tempat latihan sebelum status itu berkuatkuasa tahun depan.

Keputusan itu dicapai oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas pengendali Liga Malaysia itu sebelum ini turut menerima permohonan daripada PKNS FC dan PKNP FC yang mengambil keputusan untuk menamatkan Perjanjian Rakan Kongsi Liga bersama MFL.

“Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima permohonan FAS dan PAFA yang menyatakan bahawa pihak mereka memiliki pelan untuk kebaikan bola sepak khususnya bagi pembangunan pemain muda selain perbelanjaan menguruskan dua pasukan akan menjadi lebih berhemah.

“Merujuk kepada garis panduan Reserve Team Perkara 2.1, mana-mana pasukan yang ingin menubuhkan Reserve Team harus menghantar permohonan bertulis kepada MFL dan permohonan tersebut harus dihantar satu tahun sebelum permulaan musim.

“Bagaimanapun, di bawah Perkara 2.2 turut menyatakan bahawa Ahli Lembaga Pengarah MFL mempunyai budi bicara tunggal dalam membuat keputusan untuk membenarkan sesebuah pasukan mewujudkan Reserve Team di mana Parent Club dan Reserve Team haruslah dimiliki pihak yang sama,” kata kenyataan daripada MFL.

UITM FC dinaikkan pangkat ke Liga Super 2020

Mengikut kedudukan dalam Liga Super 2019, Kuala Lumpur FA dan PKNP FC turun ke saingan Liga Premier musim depan berdasarkan kedudukan mereka menamatkan saingan di tangga ke-11 dan 12.

Berdasarkan Peraturan Liga Malaysia Bahagian 1 Operasi Teknikal, perkara 1 (1.2) (a) mengenai penyertaan pasukan di dalam pertandingan Liga Super dan Liga premier, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan wakil Liga Premier, Sabah FA dan PDRM FA akan dipromosikan ke Liga Super musim 2020.

Manakala kekosongan yang ditinggalkan oleh PKNS FC pula akan diisi pasukan yang menduduki tangga kelima Liga Premier musim lalu, UiTM FC.

Hariss
FOTO: JST

Pusingan playoff wakil Liga M3 ke Liga Premier selaras dan termaktub Manual Liga M3 perkara 7; Promosi dan Relegasi menyaksikan dua aksi kelayakan playoff diadakan membabitkan pasukan menduduki tangga ke-11 dan 12 Liga Premier bertemu juara dan naib juara Liga M3.

Juara Liga M3, Kelantan United FC layak ke Liga Premier musim 2020 secara bye selepas pasukan tercorot Liga Premier, Perlis FA tidak layak bermain di pusingan playoff dan turun ke Liga M3 musim 2020 selepas penyertaan mereka dibatalkan dalam Liga Premier musim lalu.

Sementara itu, pasukan yang menduduki pasukan ke-11 Liga Premier, Sarawak FA akan menentang naib juara Liga M3, Kuching FA bagi mengisi salah satu slot Liga Premier musim 2020.

Sebelum aksi playoff itu yang dijangka berlangsung pada hujung minggu depan, kestabilan status kewangan kedua-dua wakil Liga M3 akan dipertimbangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL terlebih dahulu..

Imbas kembali perkembangan PKNS FC dan PKNP FC sepanjang dalam saingan Liga Malaysia 2019.

Tersingkir Ke Liga Premier 2020, Zainol Fadzi Letak Jawatan Sebagai Presiden PKNP FC

MFL Sahkan PKNP Dan Sarawak Gagal Daftar Syarat Wajib 20 Pemain Musim 2019

PKNS FC Mahu Memantapkan Kewangan Pasukan

Bekas Pemain Import PKNS FC, Rafael Ramazotti Sertai Kelab K-League