Ketua jurulatih kelab bola sepak Petaling Jaya City FC (PJ City), K. Devan kali ini yakin dengan kemampuan pasukannya dengan menyasarkan kelompok 5 teratas dalam saingan Liga Super musim 2020.

Katanya, kemasukan pemain tempatan berpengalaman seperti Kogileswaran dan Christie Jayaseelan ditambah pula dengan pemain import berkualiti mampu memberikan tentangan sengit kepada pasukan gergasi liga.

“Sasarannya kalau boleh kita mahu berada di kelompok lima teratas. Musim lalu kita berjaya berada di tempat kelapan dan kami mahu memperbaiki kedudukan tersebut.

“Saya boleh katakan kami memiliki satu pasukan yang lebih baik berbanding musim lepas apabila sudah membawa masuk pemain muda dan pemain senior yang berkualiti.

“Untuk piala pula, kita tak sasarkan sebarang piala. Tetapi kalau mampu menjejakkan kaki ke peringkat separuh akhir, ia sudah cukup baik,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

70376906_754638314969481_410560643993698304_n

FOTO: PJ CIty FC

Devan juga tidak mahu pasukannya dilabelkan sebagai “silent killer” atau pengacau kerana mereka tekad menjadi antara pencabar terkuat Liga Super dan sedia mengejutkan pasukan pilihan seperti JDT, Kedah, Selangor dan Pahang.

“Kita tak nak jadi pengacau kerana dalam bola sepak ini kita perlu menunjukkan prestasi baik dan konsisten setiap perlawanan.

“Kita bukan sahaja nak menang dengan pasukan besar, tetapi selepas itu tewas dengan pasukan bawah daripada kita. Saya tak nak macam itu. Kalau boleh biar kita konsisten,” katanya.

Musim lalu, PJ City yang sebelum itu dinamakan sebagai MIFA FC pernah menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan apabila mengejutkan JDT selain menewaskan Pahang di halaman sendiri.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Melaka United Beri Peluang Kedua Kepada Amido Balde

Pasukan Liga Malaysia Intai Khidmat Endrick Dos Santos

Liga Malaysia 2020: Felda United Sedia Beri Tentangan Sengit Kepada Gergasi Tempatan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group