Kelab bola sepak Petaling Jaya City FC (PJ City) bakal menguji kekuatan dalam kejohanan jemputan Siem Reap Super Asia Cup 2020 di Kemboja yang berlangsung pada 23 hingga 26 Januari 2020.

Kehadiran mereka di sana adalah sebagai persiapan bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia sambil menguji kemampuan pemain berdepan lawan yang lebih kuat di peringkat Asia.

Selain PJ City, turut menyertai kejohanan itu ialah kelab dari Indonesia (Bhayangkara FC) dan dua kelab dari Kemboja iaitu Vishaka FC dan Angkor Tiger FC (tuan rumah).

Bhayangkara FC menghuni kedudukan ke 4 dalam Liga Indonesia 1 pada musim 2019 manakala Vishaka FC serta Angkor Tiger FC merupakan naib juara Liga Kemboja dan berada kelompok 5 teratas.

Ketua jurulatih PJ City, K. Devan kali ini yakin dengan kemampuan anak buahnya dengan menyasarkan kelompok 5 teratas dalam saingan Liga Super musim 2020.

Kemasukan pemain tempatan berpengalaman seperti Kogileswaran dan Christie Jayaseelan ditambah pula dengan pemain import berkualiti mampu memberikan tentangan sengit kepada pasukan gergasi tempatan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

FAM Mungkin Akan Tarik Balik Lesen Kelab Yang Berdepan Masalah Tunggakan Gaji

Melaka United Tandatangani Seorang Lagi Pemain Import Sebelum Mulakan Aksi Pra Musim

Selangor Berdepan Tugas Sukar Dalam 5 Perlawanan Awal Liga Super 2020