Beberapa hari lalu, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan kelab Petaling Jaya City (PJ City) dikehendaki mencari gelanggang lain bagi saingan Liga Malaysia musim 2020 selepas mendapati Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak boleh digunakan susulan kerja naiktaraf sedang dijalankan di venue berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani menyatakan bahawa, hasil pemeriksaan Stadium MBPJ mendapati padang tidak berada dalam keadaan bersedia serta bilik-bilik persalinan masih berada dalam proses naik taraf dan tidak dapat digunakan.

Perkembangan itu diakui oleh Presiden PJ City, Datuk Seri Subahan Kamal sambil mengesahkan mereka akan menggunakan Stadium UiTM, Shah Alam sebagai venue perlawanan CIMB Liga Super 2020 menentang Pahang esok.

“Pada mulanya, kami memohon untuk bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, tetapi Selangor terlebih dahulu mendapat tempat. Kami juga menimbangkan untuk bermain menentang Pahang di Kuantan tetapi 3 perlawanan di tempat lawan berturut-turut sangat memenatkan.

“Masalahnya, kami sedang memperbaiki kualiti padang dan naik taraf bilik persalinan di Stadium MBPJ. Kami mahu pastikan pasukan pelawat mempunyai pengalaman yang indah bila ke sini.

“Kelewatan kerja naiktaraf itu disebabkan oleh keadaan cuaca dan sebagainya, ia sedang diselesaikan. Kami akan pastikan stadium lebih bersedia sebelum perlawanan yang seterusnya,” jelas Subahan dipetik dalam The Star.

70376906_754638314969481_410560643993698304_n
FOTO: PJ CIty FC

Subahan juga yakin pertukaran venu perlawanan tidak akan menjejaskan rentak permainan anak buah K. Devan dan mereka mampu memunggut tiga mata berharga dimana-mana sahaja mereka beraksi.

“Saya sudah bercakap dengan pemain pada selasa lepas berkenaan pertukaran venue perlawanan, dan mereka bersikap profesional. Mereka mahu buktikan boleh menang dimana-mana sahaja.

“Tidak kira siapa kami lawan dan dimana kami lawan, mereka sudah bersedia dan tekad mempamerkan aksi terbaik,” katanya.

PJ City terikat 1-1 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dalam perlawanan Liga Super ahad lepas.

Baca juga artikel lain berkaitan isu stadium di Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Padang Dan Bilik Persalinan Punca Stadium MBPJ Tidak Boleh Digunakan, MFL Arah PJ City Cari Gelanggang Lain

Stadium Shah Alam Tidak Boleh Digunakan Bagi Saingan Liga Malaysia Musim 2020

Mehmet Durakovic Puji Padang SSMZA, Satiananthan Kritik Padang Stadium Darul Makmur