Pasukan Liga Super 2019, Petaling Jaya City FC memberi bayangan bahawa mereka bakal menjalankan kerjasama bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019, Manchester City.

Menurut Timbalan Presidennya, S Chandragesan, kerjasama yang akan dijalinkan bukan dari segi pembelian atau pertukaran pemain tetapi dari segi pembangunan pemain di peringkat akar umbi.

Manchester City
(Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)

“Setakat ini masih belum ada apa-apa (perjanjian), memang mereka ada niat untuk meluaskan empayar hingga ke Asia Tenggara.

“Lagipun sekarang mereka sudah ada kelab di Melbourne dan juga China. Mungkin mereka melihat Malaysia berpotensi untuk dijadikan hub Asia Tenggara tetapi itu bergantung pada rundingan yang dijalankan.

“Buat masa ini apa yang saya pasti perbincangan kami lebih tertumpu kepada bagaimana kita boleh dapatkan bantuan mereka dari segi sokongan teknikal dan pembangunan akademi,” katanya menurut laporan Berita Harian.

syed saddiq

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan pasukan bimbingan Pep Guardiola itu berminat untuk membeli salah satu pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Nama PJ City disebut-sebut sebagai pasukan yang akan dibeli kerana mereka dimiliki oley QI Group, salah satu syarikat yang menjalankan kerjasama bersama Manchester City.