Kelab bola sepak Petaling Jaya City FC (PJ City) berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan jemputan Siem Reap Super Asia Cup 2020 di Kemboja yang berlangsung pada 23 Januari lepas.

Kemenangan 1-0 ke atas tuan rumah, Angkor Tiger FC semalam memastikan skuad kendalian K. Devan itu bertemu kelab dari Indonesia, Bhayangkara FC di perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 26 Januari ini (Ahad).

Bhayangkara FC turut menewaskan satu lagi wakil dari Kemboja, Vishaka FC petang tadi, 1-0 hasil jaringan daripada pemain import baharu mereka, Renan Silva.

Selebrasi Renan Silva usai mencetak gol ke gawang Visakha FC. (Instagram/@bhayangkarafc).
Selebrasi Renan Silva usai mencetak gol ke gawang Visakha FC. (Instagram/@bhayangkarafc).

Kehadiran PJ City di sana adalah sebagai persiapan bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia sambil menguji kemampuan pemain berdepan pasukan terbaik di peringkat Asia Tenggara.

Bhayangkara FC menghuni kedudukan ke 4 dalam Liga Indonesia 1 pada musim 2019 manakala Vishaka FC serta Angkor Tiger FC merupakan naib juara dan berada kelompok 5 teratas Liga Kemboja.

Ketua jurulatih PJ City, K. Devan kali ini yakin dengan kemampuan anak buahnya membawa pulang kejuaraan ke Malaysia.

Kemasukan pemain tempatan berpengalaman seperti Kogileswaran dan Christie Jayaseelan ditambah pula dengan pemain import berkualiti mampu memberikan tentangan sengit kepada pasukan gergasi tempatan dalam saingan Liga Malaysia musim 2020.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Ceres Negros Terlepas Khidmat Stephan Schröck Berdepan FC Tokyo Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Jurulatih Bangkok United Ini Berpendapat Liga Malaysia Tidak Cukup Kompetitif Berbanding Liga Thailand

Kelab La Liga Berminat Ambil Khidmat Chanathip Songkrasin