Mungkin tidak ramai tahu bahawa sebelum menyertai pasukan Pahang pada tahun 1986, Piyapong Pue-On beraksi dengan sebuah kelab gergasi Korea Selatan selama 3 musim bersama Lucky-Goldstar FC yang kini dikenali sebagai FC Seoul.

Pada tempoh masa yang sama, Park Hang-seo yang juga ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam juga merupakan rakan sepasukan Piyapong di Lucky-Goldstar FC selama 3 musim dan hubungan baik kedua-dua individu ini masih berterusan sehingga kini.

Screenshot 2020-04-10 at 11.48.29 AM

Gambar diatas adalah ketika Piyapong menjaringkan gol pertama untuk Lucky-Goldstar FC dalam debut bersama pasukan itu pada tahun 1985 dan kelihatan Park Hang-seo memeluk Piyapong meraikan gol tersebut.

Sekitar tahun 2019, ketika pasukan Vietnam berkunjung ke Thailand untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, Piyapong telah melakukan lawatan mengejut ke kem latihan pasukan Vietnam untuk bertemu dengan bekas rakan sepasukannya itu.

Pembantu jurulatih Vietnam, Lee Young-jin juga merupakan rakan sepasukan Piyapong ketika beraksi dengan pasukan Lucky-Goldstar, dan merupakan anggota skuad Piala Dunia Korea Selatan pada edisi 1990 dan 1994.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang

Pendapatan Kerteh FC Meningkat 232.8%, Rekodkan ‘Profit’ 24.1% Sepanjang Tahun 2019

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya