Andrea Pirlo mengingatkan para pemainnya agar menunjukkan aksi sempurna untuk menewaskan Porto dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah.

Menurut Pirlo, Juventus dalam misi wajib menang ke atas Porto – walaupun 1-0 sudah memadai untuk mereka mara. Kedua dua pasukan masih berpeluang cerah untuk mara ke suku akhir.

Bintang utama Juventus, Cristiano Ronaldo, pastinya menjadi sandaran utama The Old Lady selepas beliau direhatkan ketika Juve menewaskan Lazio 3-1 di Serie A.

Pirlo sedar, aksi berdepan Porto akan menguji mereka secara mental. Dan tekanan berada pada Juventus.

“Kami tahu tekanan di bahu kami, tetapi kami tidak boleh bersembunyi. “Kami sudah memiliki apa yang diperlukan, tetapi kami tidak boleh memandang rendah lawan kami. Porto adalah pasukan yang sangat baik.”

“Walaupun begitu, kami adalah Juventus dan kami harus memikirkan untuk layak,” tambahnya Pirlo lagi.

Pirlo tanpa berselindung bahawa beliau memang merehatkan Ronaldo untuk aksi UCL yang disifatkan Pirlo sebagai pertandingan kegemarannya.

“Cristiano Ronaldo dalam keadaan baik, ini adalah jenis pertandingan kegemarannya. Dia sedang dalam keadaan membara, dia berehat dan tidak sabar untuk bermain.”

“Esok kita tidak boleh melakukan kesilapan dan kita harus mengawal 90 minit dengan daya tumpuan dan tenaga terbaik yang kita ada.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Havertz Cemerlang, Everton Terus Lebarkan Rekod ‘OG’

RASMI: Laporta Presiden Barcelona Sekali Lagi, Tekad Bangkitkan Semula Barca

EPL: Manchester United Tamatkan Rekod 21 Kemenangan City