Seorang perancang tengah, pakar bola mati, memilikin hantaran tepat, visi permainan tinggi dan penuh ketenangan – menepati segala ciri arkitek serba lengkap di atas padang.

Itulah Andrea Pirlo – salah seorang maestro terbaik dalam sejarah bola sepak Itali.

Pirlo sang enigma deep lying playmaker

Sebelum ini tak ramai pengurus yang benar-benar menghargai deep lying playmaker yang tidak memiliki fizikal keras, sehinggalah adanya pemain seperti Pirlo.

Pirlo adalah pemain yang mampu menjelmakan magis kepada pasukannya. Setiap kali beliau menerima bola, anda akan menjangkakan ada sesuatu istimewa akan dihadirkan seterusnya.

Pirlo tidak pernah kisah dengan tempo permainan pemain lawan dan orang lain. Kerana beliau tahu, apabila bola di kakinya, beliau akan menentukan perlawanan pada detik itu.

Pirlo sesuka hati melambatkan lawannya dan mengajak rakannya bertenang. Lihat di bawah sini aksi beliau:

Bagaimana anda dapat menjelaskan kehebatan Pirlo ketika ditekan? Sangat tenang dan sangat tajam dalam melakukan tindakan.

Dan sesuka hatinya mahu mencipta alam bola sepak yang pantas. Pirlo tak perlu berlari laju untuk bermain pantas.

Kerana beliau bergerak di belakang, dan melakukan hantaran pembunuh yang ibarat seperti dua tiga langkah mendahului pemain lain.

Dari Milan ke Juventus

Di dalam kariernya beliau signifikan dengan AC Milan dan Juventus. Namun tak ramai yang tahu pemain ini merupakan graduan akademi Brescia, dan selepas itu mendapatkan kontrak dengan Inter Milan.

Kariernya melonjak naik ketika di bawah kendalian Ancelotti di AC Milan. Bermain dalam salah sebuah pasukan terbaik yang pernah ada di Eropah.

Namun malangnya, Pirlo tak dapat berkarier lebih lama di Milan. Menurut Pirlo, beliau hampir setiap hari bertanyakan status kontraknya di AC Milan.

Akhirnya beliau memutuskan untuk menyertai Juventus selepas mendengar pihak AC Milan meragui kemampuan beliau yang ketika itu dikatakan sudah semakin berusia.

Episod beliau dengan Juventus juga sangat hebat. Beliau membantu Juventus bangkit selepas era calciopoli. Dan dikenang sebagai salah seorang pemain tengah terbaik Juventus.

prilo kaka

Pirlo menamatkan kariernya di Amerikan Syarikat bersama dengan New York City FC, bersara pada 2017.

Pirlo ada koleksi 3 Anugerah Pemain Terbaik Itali, memenango Serie A sebanyak 6 kali, 2 Kejuaran Super Eropah, dan 2 kejuaraan Liga Juara Juara Eropah. Itu antara sebahagian pencapaiannya di kelab.

Juara dunia

Maestro Pirlo juga menjadi nadi penting pasukan kebangsaan negaranya. Beliau berjaya menunjukkan aksi cemerlang di semua peringkat umur.

Kali pertama menyarung jersi Itali adalah untuk pasukan B-15. Beliau kemudian membantu Itali mendapat pingat gangsa Olimpik 2000 di Sydney.

Tahun yang sama Pirlo menjadi kapten pasukan B-21 untuk menjadi Juara Piala Eropah B-21. Bakat Pirlo mulai menjadi perhatian dunia apabila menjadi Pemain Terbaik kejohanan.

xavi pirlo

Oleh kerana Itali sarat dengan bakat, beliau hanya mampu melakukan debut untuk pasukan senior pada 2002, pada usia 23 tahun.

Untuk pemain istimewa, ianya dianggap usia agak lewat. Tetapi, tidak mengapa. Kerana Pirlo memang antara pemain yang seperti wain. Semakin lama, semakin mahal.

Selepas debut itu, Pirlo bermain 116 kali untuk Itali — selama 13 tahun di peringkat antarabangsa.

Menjadikan beliau pemain kelima dalam senarai pemain paling banyak kaps untuk Itali.

Momen paling diingati oleh Pirlo adalah kejayaan membantu Itali menjuarai Piala Dunia 2006.

Beliau berkain dalam kesemua tujuh perlawanan Itali sehingga menjadi juara, dan hanya sekali sahaja ditukar.

Pirlo berjaya menjaringkan 1 gol dan mencetak 3 assist. Di pentas final, beliau menjaringkan gol dalam penentuan penalti ketika berhadapan dengan musuh tradisi, Perancis.

Tiga kali Pirlo menjadi pemain terbaik perlawanan pada ketika itu. Membuatkan beliau tersenarai dalam Kesebelasan Bintang Piala Dunia 2006.

Legenda selamanya

Jadi, tidak hairanlah Pirlo dianggap antara pemain tengah terbaik pernah dilahirkan oleh  Azzurri. Beliau sebaris dengan nama seperti Roberto Baggio.

Malah Roberto Baggio yang dianggap pemain terbaik dalam sejarah Itali juga peminat Andrea Pirlo.

Baggio berkata: “Visi Pirlo di atas padang, dia boleh melakukan apa sahaja dengan bola, dan boleh mencipta apa sahaja, menjadikan Pirlo adalah superstar sebenar.”

“Pirlo adalah bintang yang kamu tidak akan dapat lihat setiap hari.”

Xavi juga pernah memuji Pirlo dan menganggap pemain itu adalah idolanya.

“Tiada pemain yang lebih bagus daripada Pirlo ketika ini, saya akan sentiasa menjadi peminat dan pemuja beliau.”

Lagenda AS Roma, Daniele De Rosi menyatakan, walaupun tak pernah bersama di peringkat kelab, namun Pirlo adalah rujukan utamanya.

Ramai lagi pujian daripada bintang handalan yang lain. Namun Pirlo tetap tampil dengan gayanya yang sangat merendah diri dan sentiasa tenang.

Pirlo sememangnya komposer yang mencipta dan mengalunkan irama di atas padang.

andrea_pirlo_maestro_by_novabest_d9ws0gk-fullview

Seolah olah, jika kau bermain dalam perlawanan yang ada Pirlo, kau kena ikut rentak yang dia tentukan. Satu alam/universe milik Pirlo.