Bekas pemain tengah Arsenal, Robert Pires, mencadangkan Kylian Mbappe untuk pindah ke Real Madrid.

Pires percaya karier Mbappe akan berkembang lebih jauh sekiranya dia bergabung dengan Madrid berbanding dengan hanya bermain di Ligue 1.

Mbappe yang kini bermian dengan Paris St Germain merupakan salah seorang pemain yang paling diidamkan banyak kelab besar di Eropah.

Mbappe juga dilaporkan lebih berminat untuk menyertai Real Madrid. Pemain berusia 21 tahun itu juga menjadi pemain idaman Zinedine Zidane

Malah Real Madrid juga turut mahukan Mbappe sama ada Zidane masih bersama mereka atau tak selepas ini.

07520624
Kylian Mbappe

Mbappe ketika ini masih tidak melanjutkan kontraknya di PSG. Di mana kontrak beliau akan tamat pada 30 Jun 2021.

Robert Pires menegaskan, Mbappe harus berkelana keluar dari Perancis dan menyertai Real Madrid.

Pires berkata: “Sudah tentu [saya ingin melihat Kylian Mbappe di Real Madrid].”

“Saya suka PSG dan saya mahu dia terus berada di Ligue 1, tetapi jika dia ingin berkembang lebih maju dalam kariernya, dia harus bergabung dengan Madrid,” kata Pires.

Pires melihat suasana La Liga sebagai lebih kompetitif. Dan Real Madrid merupakan kelab terbaik untuknya kerana mampu memberikannya banyak kejayaan di masa akan datang.

Baca juga perkembangan lain

Maaf Milan, Dalot Bukan Untuk Dijual

Tonali Sudah Temui Rentak

Ini Alasan Solskjaer Tidak Menyenaraikan Rashford Di Kesebelasan Utama