Sebagai seorang pemain senior di Barcelona, ​​Gerard Pique menyatakan harapannya agar rakannya, Lionel Messi akan terus kekal di Barcelona dan melanjutkan kontraknya.

Messi ada kontrak sehingga akhir musim ini. Januari hadapan beliau boleh berunding dengan mana mana pasukan untuk pergi percuma pada akhir musim ini.

Messi sebelum ini meminta untuk dilepaskan oleh Barcelona secara percuma menerusi satu klausa khas. Namun niatnya tidak direstui kerana Messi meminta mengaktifkan klausa itu di luar tarikh yang ditetapkan.

Messi yang ketika itu terus mendesak Barcelona akhirnya akur apabila pengurusan La Liga campur tangan dan memihak kepada Barcelona yang meminta €700 juta jika pemain itu mahu pergi.

Pique yakin Messi akan terus kekal di Barcelona. Siapa akan lupa post ‘se queda’ Pique dahulu ketika Neymar mahu pergi. Walaupun selepas itu pemain itu tetap pergi juga.

43CF60E900000578-4845752-image-m-4_1504308990645

Pique melihat perubahan pucuk pimpinan di kelab adalah kunci kepada keputusan Messi untuk terus kekal.

“Kita harus bertanya kepada Leo, saya tidak tahu. Kami harap kami [Pique dan Messi] akan terus kekal. Ini adalah keputusan yang sangat peribadi dan kita akan lihat nanti,” kata Pique kepada Radio Marca.

“Selagi lagi dia terus kekal di Barca, maka masih ada harapan, dan kami berharap dia akan tergoda dengan tawaran kelan lain dan tetap kekal di sini,”  tambah Pique lagi.

Seterusnya, Pique menyatakan kekesalannya di atas pemergian Luis Suarez ke Atletico Madrid di jendela perpindahan musim panas.

“Saya sangat kesal kerana ketika Luis [Suarez] pergi, dia menghabiskan bertahun-tahun di kelab dan kami berkongsi banyak memori di sini,” kata Pique.

“Anda bermain satu sama lain selama 90 minit, tetapi anda menghabiskan banyak masa dengan mereka.”

“Kami bertemu setiap pagi, kami melakukan perjalanan ke tempat lain, kami berada di hotel yang sama, seolah-olah mereka adalah rakan sekelas,” kata Pique dalam nada sedih.

Baca juga perkembangan lain

Juventus Mahukan Van De Beek Kerana United Berterusan Meletakkannya Di Bangku Simpanan

Laporan ‘Scouting’ Barcelona Tentang Maradona Pada 1978 Yang Luar Biasa

Messi: Diego Itu Eterno, Saya Tak Akan Pernah Mampu Jadi Sepertinya, Jauh Sekali