Pengurus AC Milan, Stefano Pioli jelas sekali tidak gembira dengan mutu pengadilan aksi antara AC Milan dan Atletico Madrid di San Siro.

Menurut beliau, pengadil sangat teruk dan melakukan banyak kesilapan termasuk detik yang dianggap sebagai pengubah perlawanan / game-changing moment.

Pengadil dari Turki, Cuneyt Cakir melayangkan kad kuning kedua kepada Franck Kessie pada separuh masa pertama. Menurut Pioli, ia adalah pengadilan yang agak keras dan sukar diterima.

Seterusnya, Cuneyt Cakir sekali lagi menjadi tumpuan apabila memberikan penalti lewat masa kecederaan peada Atletico pada saat akhir.

Ianya memerlukan VAR mengambil masa sangat lama untuk menilai keputusan tersebut. Pioli tidak berpuas hati kerana bola tersebut melantun dari Lemar ke arah Kalulu.

Pengadil kekal dengan keputusannya walaupun sudah menilai semula insiden itu menerusi VAR.

Luis Suarez mengambil sepakan penalti dan memusnahkan AC Milan pada saat akhir.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Pioli memulakan bicaranya dengan memberikan komen tentang prestasi pengadil berbanding dengan prestasi pasukannya.

Ternyata Pioli sangat marah dengan pengadil dengan berkata: “Saya tak rasa ini adalah malam terbaiknya [pengadil], kami dihukum sedikit. Kelebihan secara numerikal oleh lawan memaksa kami bermain dengan sistem permainan yang lain.”

“Malangnya, kami sangat hampir untuk mendapat keputusan positif, maaf sebab gagal mencapainya.”

“Ada banyak situasi pengadil melakukan pengadilan yang tidak bagus, bukan sahaja kad merah dan penalti. Ada situasi yang 50-50 dia akan memihak kepada lawan.”

“Tetapi kita lihat pula perkara yang positif daripada perlawanan kami 10 pemain berhadapan dengan 11 pemain. Jika kami menambahkan sedikit lagi fokus, kami boleh menang perlawanan ini.”

“Kami masih kekurangan beberapa perkara untuk memenangi perlawanan seperti ini.”

“Kami bermain berdepan pasukan yang lebih pemain dengan kelajuan dan kualiti. Kami menjaringkan gol daripada keadaan kami memiliki peluang terhad.”

“Kami adalah pasukan yang kompetitif, namun tahap UCL ini terlalu tinggi dan kami harus fokus sepanjang 90 minit.”

“Kami telah banyak mengerah kudrat dalam perlawanan ini, namun kami akan memulihkan semula tenaga kami dari segi fizikal dan mental. Bermula esok, fokus kami adalah Atalanta.”

Baca juga artikel

Klopp Simpati Porto Beraksi Dengan Pertahanan Pincang

Real Madrid Dikejutkan Kelab Moldova Sheriff, Ancelotti Kecewa Nasib Tidak Menyebelahi

CEO Dortmund Dedahkan Sancho Sertai Man United Demi Kesebelasan Utama England