Pasukan negara akan turun menentang Thailand pada 16 Jun ini pada perlawanan penutup bagi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Namun, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kehilangan beberapa tonggak utama pada perlawanan tersebut seperti La’Vere Corbin-Ong, Syamer Kutty Abba dan Mohamadou Sumareh ekoran penggantungan setelah mengutip dua kad kuning.

Ketiadaan Syamer dan Sumareh dilihat tidak menjadi masalah buat Cheng Hoe kerana ada pemain lain yang dianggap mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Pertahanan Kiri
Sumber Gambar: FAM

Akan tetapi, ketiadaan Corbin-Ong dilihat sebagai satu masalah besar bagi pasukan negara kerana beliau satu-satunya pemain pertahanan kiri yang dibawa dalam skuad kali ini.

Berikut adalah pilihan pemain yang dimiliki Cheng Hoe bagi mengisi posisi pertahanan kiri pada aksi menentang Thailand Rabu ini.

1. Dion Johan Cools

Pertahanan Kiri
Sumber Gambar: FAM

Pemain kacukan ini telah diturunkan dalam dua perlawanan sejak menyertai pasukan negara pada awal bulan ini.

Meskipun selalu beraksi di posisi pertahanan kanan, namun Dion juga mampu untuk beraksi di bahagian kiri dimana sebelumnya beliau pernah diturunkan dalam posisi tersebut di awal kariernya.

2. Matthew Davies

Pertahanan Kiri
Sumber Gambar: FAM

Sama seperti Dion, Davies juga mampu untuk beraksi di posisi pertahanan kiri. Pada saingan Piala AFF Suzuki 2016 ketika pasukan negara dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee, Davies dipilih untuk beraksi di bahagian kiri dalam kesebelasan utama.

3. Syahmi Safari

Pertahanan Kiri
Sumber Gambar: FAM

Syahmi Safari diletakkan di belakang Corbin-Ong dalam senarai pemain pasukan negara dalam saingan peringkat kelayakan kali ini.

Meskipun jarang beraksi di bahagian kiri, namun berbaloi untuk melihat Syahmi mengisi posisi tersebut pada aksi menentang Thailand.

Setelah tewas kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, penting untuk pasukan negara mencatat kemenangan ke atas Thailand bagi memperoleh kedudukan selesa dalam saingan peringkat kelayakan Piala Asia selepas ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Park Hang-seo: Satu Perlawanan Yang Memenatkan, Tapi Pemain Terus Berjuang

Jaringan Penalti Que Ngoc Hai Padam Peluang Malaysia Raih Mata

Dion Johan Cools Sasar Kemenangan Ke Atas Vietnam