Malaysia berjaya meraih kemenangan apabila menundukkan pasukan Indonesia di gelanggang keramat iaitu Stadium Gelora Bung Karno dengan keputusan 3-2 sekaligus memulakan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan langkah kanan. Akan tetapi, perlawanan sebentar tadi dicemari dengan kekecohan penyokong tuan rumah.

Beberapa video yang tersebar di laman media sosial menunjukkan cubaan sekelompok penyokong Indonesia mahu menyerang penyokong Malaysia. Anda boleh lihat pada video di bawah.

Beberapa objek dibaling oleh penyokong tuan rumah yang menyasarkan penyokong skuad Harimau Malaya yang menduduki ‘Tier 1’ stadium. Antara objek yang dibaling adalah botol berisi air kencing.

Selain itu, salah seorang penyokong Malaysia pengsan dan terpaksa dipapah keluar oleh pihak perubatan bagi mendapatkan perawatan.

https://twitter.com/wazifalcantara/status/1169624474221547521?s=19

Melihat kepada insiden di atas, tahap keselamatan di GBK layak untuk dipersoalkan kerana pihak keselamatan yang ditugaskan tidak menjalankan tugas dengan baik.

Peminat pasukan tuan rumah tidak akan masuk ke tepi padang dan menyerang peminat pasukan lawan jika petugas keselamatan menjalankan tugas dengan baik. Boleh dikatakan jaminan yang diberikan oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengenai keselamatan pemain dan penyokong tidak boleh diguna pakai.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) perlu mengambil tindakan terhadap Indonesia di atas insiden yang berlaku.

Anda boleh lihat insiden lain yang berlaku ketika perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di sini:

Insiden Balingan Objek Kearah Penyokong Malaysia Sehingga Perlawanan Dihentikan

Balingan Batu Hujani Ketibaan Penyokong Malaysia Di Stadium Gelora Bung Karno

Syed Saddiq: FAM Akan Buat Aduan Rasmi Insiden Di Gelora Bung Karno Kepada FIFA